Friday, September 24, 2010

PELACUR

Latar
Sekitar tahun 2000. Disebuah lorong di celah bangunan.
Watak
Wanita- bekas mangsa pelacuran.
Ayah-bapa tiri kepada wanita.
Doktor-

(Lampu samar-samar menerangi lorong sunyi itu.)

(Terlantar seorang perempuan berpakaian using yang beralas surat khabar dicelah lorong bangunan tersebut. Kedengaran bunyi kenderaan melintas dicelah bangunan tersebut.perempuan tersedar dari tidurnya.)

Wanita: siapa pula yang ganggu tidur aku ini. Pergi. Pergi…aku benci kau semua. Aku benci…
(terbang sekeping surat khabar yang menjadi alas tidurnya. Wanita mendapatkan surat khabar itu dan tertulis perkataan pelacur )

Wanita: pelacur…pelacur…aku benci perkataan ini. Perkataan ini adalah diri aku. Akulah pelacur yang pernah menjadi rebutan seketika dulu. Aku telah meniduri beribu lelaki dan lorong ini menjadi saksi. Aku jadi seorang pelacur kerana seorang lelaki yang aku anggap dewa tapi tanggapan aku salah. Dia telah mengheret aku masuk ke dunia ini. Bapa tiri aku telah menjual maruah aku kepada seorang ibu ayam semata-mata untuk menjelaskan hutangnya. Aku masih ingat pada malam itu…

(lampu samar berubah kepada lampu terang)

Wanita: ayah kita nak pergi mana ini? Kenapa ayah diam saja. Cakaplah ayah.

Ayah: kita hendak pergi jumpa kawan ayah. Ayah hendak kau kerja dengan kawan ayah itu. Kau akan jadi senang selepas ini.

Wanita: ayah kenapa lain macam saja tempat. Sunyi saja. Kita salah tempat ini. Ayah saya nak balik rumah. Ayah…

Ayah: kau diam jangan bising. Kau duduk diam-diam dekat sini. Ayah hendak masuk ke dalam sekejap hendak jumpa kawan ayah.

(lampu kembali suram)

Wanita: aku lihat ayah sedang berbincang dengan seorang wanita. Selepas itu ayah mengambil sejumlah wang dari wanita itu. Ayah menyuruh aku mengikut wanita tersebut. Pada waktu itu aku tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Pada malam itu aku mengikut perempuan itu ke sebuah lorong yang sunyi dan aku telah diserahkan kepada seorang lelaki. Aku telah dipaksa melacur pada malam itu. Pada malam itulah aku telah terlibat dengan dunia pelacuran itu. Setiap malam aku dilacurkan dan terpaksa merelakan sahaja. Bertahun-tahun aku jadi pelacur. Pada satu malam semasa aku asyik melayan pelanggan di sebuah hotel dihujung Bandar, pihak berkuasa telah membuat serbuan dan aku telah ditangkap. Aku telah disoal kenapa aku membuat kerja terkutuk ini. Aku menceritakan segala-galanya bahawa aku telah dijual oleh bapa tiri aku. Polis telah menahan bapa tiri aku dan dia telah menerima balasnya dan telah dipenjarakan. Tetapi hidup aku tidak bahagia walaupun aku terlepas dari dunia pelacuran. Aku tidak dapat menerima semua ini. Pada masa aku sakit dan doktor itu telah mengesahkan…

(Lampu siang di kawasan hospital)

Doktor: puan saya minta maaf kerana tidak dapat membantu untuk menyelamatkan puan.

Wanita: kenapa dengan saya doktor?

Doktor: puan berat hati saya hendak bagitau puan. Sebenarnya puan telah dijangkiti penyakit HIV. Saya minta maaf puan.

Wanita: ya Allah kenapa dihukum begini, apa dosa aku ya Allah?

Doktor: bersabar puan.

(lampu kembali suram)

Wanita: setiap hari aku menangis mengenang nasib yang menimpa aku ini. Aku menjauhkan diri aku dari masyarakat. Aku malu dengan semua orang. Aku malu. Kerana orang lain aku terpaksa menanggung ini semua. Ambillah nyawa aku ya Allah. Aku tidak sanggup hidup di dunia ini.