Tuesday, May 31, 2011

terima kasih

terima kasih
ucapan dari kata hati ini
kerana kamu pernah menyinggah padaku
dan sekejap lagi kau akan dimiliki
tiada lagi hak yang ilusiku padamu
namun hakiki mengiringimu.

pertama kali ku jatuh dalam duniamu
bagai satu anugerah dari Ilahi pada ku
seolah-olah aku dijemput mimpi bidadari syurga
membawa menjelajah jauh di awan nun jauh disana
sampaikan aku tak pernah merasakan derita dunia.

namun aku tahu kau cuba memahamiku
tapi aku menutup segala deriaku untuk mu
kerana aku tidak bisa merasa pahitnya derita
dan aku biarkan mu pergi meninggalkan ku sendiri.

hari ini buat sekian lama aku menjauhkan diri
khabar gembira mu aku terima jelas dari mata-mata dunia
diri mu akan terikat pada tiang serinya
aku gembira diri mu telah menemui teman mesra.

aku akan doakan kebahagian mu kawan.
Amin Ya Amin.

~sebuah kehidupan~

Monday, May 30, 2011

luahan isi alam


em...bunga oh bunga

bunga orkid di taman botani,
singgah lebah mencari madu,
apalah makna hidup ini,
kalau selalu dihimpit pilu.

bunga orkid di taman botani,
singgah lebah mencari madu,
apalah makna aku di sini,
kalau terbiar tanpa penunggu.

bunga orkid di taman botani,
singgah lebah mencari madu,
apalah guna aku berdiri,
biarkan saja aku jatuh ke bumi.

~luahan sepohon orkid muda~

Saturday, May 28, 2011

air kosong biskut oreo....

hihihihi...
ari aku tulis bukan resepi masakan
bukan jugak nk ajar mkn oreo
tapi habak mai pasal nasib air kosong dgn biskut oreo.

inilah mknan time aku deman
deman paling teruk dalam hidup aku.
satu badan sakit macam kene guris,
kepala sakit macam kene hentak-hentak,
tekak bengkak mcm kek pisang separuh masak.
sakit memang sakit
sengsara jgn cakaplah
nak telan air seteguk susah mcm musim kemarau,
pedih,perih.
nak mkn lagi la.
makan biskut sekeping mcm mkn buah salak dengan kulitnye,
nak telan tak dapat.
tiga hari aku sakit tiga keping je aku dapat mkn biskut nie.
nasib kau jadi biskut time aku sakit.

pasal makan ubat jgn cakaplah,
dari subuh,pagi,tghri, petang,malam n tgh malam,
6 kali satu hari didarab dgn lima jenis ubat tak muntah aku sana.
tapi aku tahan je.
alamak kata orang hidup aku tiga hari pakai ubat je.

sekarang dh ok,
alhamdullilah....syukur Ya ALLAH.
Amin...

Monday, May 23, 2011

masak2 pukul 3.30 pagi

makan pagi...huhuhu

sory...tumpang iklan sekejap ye...hihihihi
ini namanya meggie masak pukul 3.30 pagi
perut aku lapar asyik berbunyi
lapar plak time nie.
hahahahaha

nampak mcm sedap je
nak try ke resepi nie
senang dan mudah sekali
rebus meggie
panaskan kangkung
letak sedikit kicap & perisa
gaul sampai sebati
lastly...
ngange mulut cuba
mesti sedap sekali...

selamat merasa ye...hihihi.


Saturday, May 21, 2011

satu penantian...

Hari berakhirlah penantian semua orang (not jiwang)
cerita pasal budak2 team Dekon UMS.
akhirnya beraksi sudah anak labah-labah yang selama terkurung disarang.
aksi yang tidak menghampakan
mungkin harus diberi pujian.
berjaya dalam aksi dipentasnya
membuat penonton terpukau melihat gelagatnya
lincah dan bertenaga.
rasa lega selepas selesai aksi mereka
tapi esok lebih mendebarkan
mana tidaknya,
esok hari menentukan nasib anak labah-labahnya
adakah mengekalkan gelaran naib johan,
johan atau sedikit kebelakang.
bagi aku semuanya tak penting
yang aku inginkan mereka mencedok sedikit pengalaman
melalui penganjuran Dekon kali ini.

oooo...sebelum terlupa,
esok tugas aku untuk mengatur persembahan Dekon malam penutupan
matailah aku kali nie...skrip belum baca habis lagi,
dari tujuh skrip aku nak pilih part mana nak dipersembahkan...
kene fikir sekejap and cuba sambungkan...huhuhuhu.

Friday, May 20, 2011

5.00 pagi


alamak jam 5 pagi sudah..huhuhuhu
cepatnye masa berlalu.
hbis latihan jam 3 pagi tadi
dan kuar makan at UA...
pagi nie aku bukan nk cerita pasal makan atau makanan
tapi pasal mat rempit dan minah rempit kat kedai makan.

datang buat bising orang nak makan pun tak senang
yang jantan dengan gaya ala-ala perlumba motor handalan
ekzos motor bunyi macam kapal tongkang
sakit telinga dan mata yang memandang
hilang selera kami semua nak makan sambil sembang.

yang betina jangan cakaplah
gaya itu ade macam minah kankang
tertengek kat jantan punya belakang
kononnya nak jadi model jaguhan
rupa-rupanya jadi kupu-kupu malam orang
silap haribulan kene kenduri berkawan-kawan.

aku bukan ape
kesian tengok nasib kawan-kawan
negara maju bangsa tergadai.
jangan sampai nanti kita pula merempat
mintak sedekah nak makan
lepas tu jadi kuli batak nak bayar hutang.

so satu pesan aku untuk kawan-kawan
tak payahlah nak jadi mat minah rempit tengah jalan
silap hari bulan masuk longkap, naik ambulans free jalan
lepas tu kene tanam dalam lubang tak berkawan.

pic hiasan...(";").

Thursday, May 19, 2011

kepuasan

hello all...
penatnye hari nie
bnyk kerja nk kene buat.
buat report
ambik video
ambik pic
pantau itu
selaras ini
mcm boss plak aku ari nie...hihihi2
nasib baik mlm nie leh santai2 skit
tgok group bertanding pun tenang skit.
lepak2 dgn kawan dari universiti lain yang pernah join
sembang dengan juri skit
lepas tu teruskan latihan produksi UMS lagi...
gud luck team UMS k.
lau team UMS menang
aku kasi BOTAK kepala nie.
itu janji aku pada team kali nie...
huhuhuhuh...chayok2 bha..hahahah...

Tuesday, May 17, 2011

secebis luka lama

perit pedih
luka lama kembali bernanah
busuk menusuk tangkai hati
putus saraf deria menahan siksa
akal gugut memikirkannya
sangsi pada bebayang malam
dek derita secebis luka lama.
kenapa perlu luka lagi?
tidak cukup selama
aku menanggung derita ini
atau hukuman bagi aku.
aku pasrah dan rela
walaupun aku tahu ia menyiksaku.

~luahan hati seorang insan kepada aku ~

tak cukup tidur.

hai kawan2...
ngatoknye...tapi xnk tdow.
aku nk tolong dia orang bdak2 nie buat set DEKON...
biar gila janji UMS menang...Insyallah.
lau menang nak kasi botak kepala aku?
macamana best tak? hahahhaah...
itu janji aku pada dia orang semua.
biar tak cukup tidur
janji UMS menang.
gud luck bdak2 semua...
buat terbaik untuk pertandingan nanti...
I LIKE DEKON...

Monday, May 16, 2011

menangis atau menangisi

bagi aku menangis akan membuat kita gembira dikemudiannya
dan menangisi hanya melembabkan luka yang berdarah.
Itulah hakikat menjadi seorang yang berjiwa seni seperti aku (senikah jiwa aku).
Bagi aku, menangis kerana kepenatan dan kesengsaraan sebelumnya
akan membawa kita mengenal erti kesengsaraan
sebelum menikmati manisnya kejayaan.
Bagi aku, tiada yang mustahil jika kita berusaha untuk mendapatkannya.
Adakah kita lebih rela untuk menangisi selepasnya
kerana kesakitan yang kita ciptakan.
Ganjil dan anehkan.
tapi itulah hakikat sebuah kehidupan ini,
mungkin sudah diperhujungnya.
sekarang kunci sudah ditangan
dan tinggal untuk membukanya.

Sunday, May 15, 2011

saat akhir aku di UMS...


huhuhuhuhu...
sedar tak sedar dh lama sudah aku d UMS
tak lama lagi aku nak chaw sudah
rasa sayang plak nak tinggalkan UMS nie
hihihihihi...
saat-saat aku di UMS mula boleh kira sudah.
emmm....
FESTIVAL DEKON MAKUM 2011
HANTAR REPORT AND MINI TESIS
JOIN TEATER MAKUM (lau ade la)

alalalala...tiga je kerja aku lepas nie.
cepatnya masa berlalu.
lepas nie balik sudah
sedihnye..waaaaaa
lepas nie takde sudah kenangan at UMS
tapi jangan risau kenangan lepas
tetap dalam tersimpan dalam kamus hidupku...
sedihnye (?"?)...

kenangan At UMs tahun 1...

inilah aku. mula2 smpai ums katakn...muka masih lagi poyol...(sekarang masih kot) huhuhu.


nie pic masa exam tarian sem 1...masih a
ku lagi time 2. aku menari keras macam kayu.hahahahhahahahha


hah...pic nie aku ambik at teluk likas. nie kisah sebel
um ambik pic nie. masa tu aku otw nk blik ums lepas hntr member p airport, sampai je at teluk likas tu kereta yang aku n the geng naik rosak n pancit... bikin panas betol la. dh la masa tu pnas giler. time tu aku rasa nk bakar je kete sewa nie. tunggu punya tunggu tiga jam lepas baru dtg yang kasi sewa kete nie. tu yang sempat posi
ng at atas pokok nie...hahahhaha...


pic nie ambik time lepak kt SpS... aku igat lagi, masa nie kami baru hbis even at dewan resital...lepak2 la konon + merokok...hahahahah...



hah...nie bukan kes rompak ke ape ye....nie time l
atihan lakonan kami masa tahun 1. Resital perta
maku. masa tu aku kene jadi penjahat maklum la muka aku ade mimik gaya penyamun skit....huhuhu. Tajuk resital kami time tu Ramayana cerita epik hindu...hihihi.


nah nie die..hahahahah..

Friday, May 13, 2011

hariku yang indah...

hello n salam blogger semua.
ari nie aku nk kongsi ari bahagia aku.
pagi2 makcik kejutkan aku. (xckup tidur)
kua3.
aku rasa happy sangat2 ari nie.
pagi dh kene main sama makcik.
dia tanya pasal rombongan meminang?
sory aku belum ready nk hntr rombong 4 makcik.
kikikiki.
jangan risau ade rezeki lepas nie
sampai agaknye (doakan jela).
xsabar nk blik jmpa makcik nie.
makcik tunggu ye aku blik.
happy ye.
hory! hory! hory!
hory!
HORRRRYYYYYYYYY...

semangatku...kembali.


semangat diriku yang hilang tiba-tiba bertiup kembali
seperti ditiup angin taufan.
gaya langkahku kembali bertenaga
seperti mengejar pelangi senja.
mungkin ada sesuatu yang telah merobek tembok batu itu
yang selama ini menghalang semangatku bertiup.
tiupannya melempar seribu peluru derita yang ku pendam selama ini.
aku rasakan tubuh aku baru dilahirkan ke dunia ini
suci, kudus dan berseri.
Ya Allah, Ya Allah

bagilah aku semangat seperti hari ini untuk ku teruskan
perjuangan dikemudian hari.
Amin.

Thursday, May 12, 2011

MEMBERONTAK

MEMBERONTAK
aku cuba melawan arus
kenape ye? keras sngat ke?
aku tak kisah
janji aku dapat puaskan diri aku nie.
lau ikutkan hati
semua aku nk memberontak
tak kiralah tua muda
semua aku belasah.
sabar kau orang muda
nasib baik ade orang kasi tenang
lau tak ade je yang masuk hospital.
sape yang rasa nak matai
cari aku je
lau tak dia aku yang matai.
sape berani mai sini lawan aku.
satu VS satu
baru jantan namanye.
aku tak kisah kau nak pakai ape,
senapang, pistol, pisau, parang, samurai ke?
semua aku tak kisah.
ade sape-sape yang brani?
bagitau aku k.
biar aku pengajaran skit.
memang panas betol la nie.
nasib baik line xclear
lau tak hbis aku kerjakan.
poker oh poker.
aduhai...

Wednesday, May 11, 2011

xpuas hati

ape yang xpuasnye,
pertamanya pasal tdow.
aku memang xpuas hati betol,
sekarang nie kerja aku nak tdow je
tak kira ke siang or malam
tdow je kerja aku.kakakaka.

apa yang xpuasnye,
sekarang nie aku tgah bengang.
ade ke patut ari last paper aku exam
lepas nie fikir pasal aku punye report
n bla dari ums.
memang xpuas hati betolkan.hahahah.

ape yang xpuasnye,
aku xde masa nak menulis lagi sdah.
memang xpuas hati betol la.
nak kena masuk dewan exam sdah.
sory...uhuhhuuh...

sory merapu dalam entry nie.
gud luck ALONG...kakakakaka

Tuesday, May 10, 2011

Ibuku

ibu
tanganmu lembut bak sutera syurga
membelai setiap tubuhku
dari sebesar telapakmu.
kau tak pernah bersungut kira
kau tak pernah puas segala pemberianmu padaku
kau tak pernah kata tidak padaku.
titik peluhmu mengalir jernih bersatu denganmu
walaupun kamu tahu ia perit untuk ditelan.
kau jual maruahmu keranaku
walaupun kau tahu ia menjijikkan.
khidmat baktimu tak berbayar
walaupunku gadai tujuh laut daratan
setitis peluh belum pasti tertunai.

ibu
selamaku didunia pernah aku merasa nasib mu
memeluhkan tubuh kecilku keranamu,
pernahkah?
aku berdosa padamu
andai aku pergi dahulu darimu
halalkan makan minumku
doakan diriku
agar setabah dirimu.
aku amat menyayangimu.


Monday, May 9, 2011

TIPS: Sabar ketika MARAH






Salam




Korang pernah mengalami keadaan begitu, bukan?
Macam mana kau kawal?
Ok aku bukanlah bijak pandai
nak bagi perturun ilmu segala.
Cukuplah sekadar berkongsi apa yg aku ada sahaja.

Dalam keadaan MARAH,
kita akan lakukan banyak perkara
di LUAR SEDAR
sehingga tak sedar actions kita
tu akan menakutkan orang.
Ok la possible kalau nak gertak semua.
Tapi, jangan action je lebih,
tindakan susulan tak ada.
Tak guna jugak ok!

Pertamanya, kalau dalam keadaan MARAH,
cuba-sebaik mungkin
-BERFIKIR DENGAN RASIONAL.
Tolong jangan sesekali bertindak membuta tuli.
Tarik nafas, penuhkan minda dengan oksigen,
lantas otak kita boleh berfungsi dengan baik.
Pemikiran yg baik akan menyumbang
kepada tindakan yang betul.

Keduanya, kita mulakan dengan TEGUR dahulu.
Cuba ubah tona suara.
Tegas tetapi tak perlu menengking.
Tengking bukan sahaja
akan menyebabkan orang tak selesa,
tapi kau juga yg lelah,
penat semua.
Beri teguran berbaur SINDIRAN dulu.
Kalau boleh kaw-kaw, kau bubuh kaw kaw!
Seterusnya, kalau masih tak jalan,
TINGGI KAN SUARA dengan nada tegas
tapi sekali lagi bukan menengking.

Selepas itu, barulah cuba perlahan-lahan senyum.
Cuba ubati kemarahan itu dengan segaris senyuman!

Kalau kita tegur dengan berhemah,
InsyaAllah orang akan hormat kita
berbanding terpekik terlolong macam polong sesat ok.
Cuba rasional—sekali lagi aku tulis perkataan ni,
maknanya rasional itu sangat penting!
Jangan asyik fikirkan SEBAB,
tetapi fikirkan AKIBAT nya juga.

Semuanya terletak pada minda kita.
Kalau kita boleh kawal kemarahan kita tu,
InsyaAllah kuranglah kita lakukan
perkara yang tak sepatutnya.

Berfikir guna AKAL, bukan HATI.
ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK..

Bagaimana mahu membaca perasaan orang melalui karyanye?


mungkin ia sekeping gambar bodoh,
tetapi bagi aku ia gambaran kepada pembuatnya pada masa itu.
sedikit kekalutan itu mengambarkan perasaan pembuat itu
yang sedikit kalut.
kalut dengan masalah atau perasaannya yang kalut.
setiap yang dihasilkan oleh seseorang itu ada kaitan dengan perasaan, jiwa atan suasana dia, k.
so lau kau orang tak percaya try la buat.
hasilnya tidak menghampakan..

Sunday, May 8, 2011

bila rasa hatiku berbicara

mungkin dan memungkinkan
apa yang mungkin dan memungkinkan itu.
terasa atau merasa
seceduk pedih rasa hati
disimbah tsunami lautan luka.
mungkin kerana rasa kehilangan
hilang diseret ombak waktu
memungkin aku terus merasa sakitnya luka itu.
aku pasrah
mungkin sakit itu menyinggah sedetik cuma
memungkinkan aku terus menahan sisa bisa didalamnya
walaupun aku tahu nyawa perasaan aku akan mati.
mati tak berpusara
hilang tak berganti
disisih luka rasa.
maafkan aku
maafkanlah,
taida daya aku untuk menahannya
biarkan rela dia pergi
dan aku terus berbicara sendiri.
selamat tinggal perasaanku
buat terakhir kalinya.

kamar kecilku

kecil
tetapi selesa bagiku.
setiap sudutnya
tertulis kenangku
suka duka
celoteh
gelak ketawa.
kotak-kotak rahsia
kerusi kayu
meja usang
menemaniku.
bagaikan semalam
aku tidur didalamnya
dan
aku sedar darinya.
seketika nanti kamar ini
bakal sunyi
sepi seperti kembali
hanya
jalinan sarang lelabah
memerangkap habuk
sunyi.


Thursday, May 5, 2011

dunia tanpa komunikasi

tanpanya

manusia tak merela

manusia sentiasa berwaspada

manusia patuh saja.

manusia akan berbicara

menjelekkan diri

memperkosa tubuh sendiri

seperti seekor anjing kurap.


tanpa komunikasi

koropsi harga diri

omongan kosong

melacur maruah

ungkitan palsu

naifan masa

insafkan nafsu

kekalutan hawa

ampuan ketuanan

sakit bisa

ingkar arah

TINGGAL NAMA.

Tuesday, May 3, 2011

sarapan pagi...

sarapan pagi aku ari sungguh pelik,
bangun minum air vitamin,
rasa macam pelik,
tapi tahan je minum air tu,
kasi tenaga la 2..hahaha.

sampai at ofis kunci blik pulak tertinggal,
tunggu orang datang buka pintu,
tunggu punya tunggu jam dah 9 suku,
perut nie pulak buat hal,
dia cakap lapar2.

aku p la McD,
makan sarapan,
alamak belum kenyang,
lapar2 nk makan ape la nanti,
makan burger duble chase la...
jom p cari...
boring2...

kisah kedai kopi...

3:37pm
hi.
wkpe 2
tgh mkn bskut
nk skit
nah
suapkn
blh....nganga cyg......
nyum2
sdp
aloh...sekut kering jer
xpe la
sdap tu
awk dh mkn?
belum lg
jap lg kot
bru hbis exam
exam pe td
apreseasi seni
awk
exm tu cm ne
ok x
pasal seni
ok je
jgn risau k
awk sht x
sihat
sy asyk trngn mkn pdas ni
nk wt cm ne,,,,
p la kdaai
dh.....ni rtah smbal lcan
kesiannye
nnti sy blik kita mkn sama2 k
uh.......sdap
bru kaw
bru kaw
yela syg
knp smlm letak tpon
hbs kdt la syg
ihihhih
ptt ler
emmm
rindu la
rindu???
yela syg
knp???
entah la
hati ini bedegup je
igat kat syg
waHH...
ayat lh tu...
btol la syg
xpe la
nk majuk la lau mcm 2
kang awk asyk je kepit dgn pmpn lain
ape la mrjuk......
nk mrjuk jgak
biarla

Sunday, May 1, 2011

satu pencarian

KISAH 1


aku...dan aku kadang2 bersoliloki sendiri, apa yang aku cari? atau aku yang gagal dalam pencarian itu. Mungkin terlepas dari memandangnya atau ia tersembunyi. Kenapa perlu semua ini? perlukah aku perlu berdusta pada orang lain atau pada diri aku sendiri kononnya aku telah menemuinya. hakikatnya aku hampir atau telah gagal. Aku tak pernah menafikannya sebagai satu pecarian hampir separuh hidupku. Tapi adakah ia memenuhi rasa hati ini atau membalas dendam kesumat yang masih bernanah. Perlukah aku menerima hakikat ini seadanya atau meneruskan pencarian ini. Mungkin ada yang cuba untuk memahaminya tapi bagi aku pemahaman orang lain tidak lebih dari sekadar pemahaman. Biarlah ia menjadi satu tugu peringatan buat diri yang bergelar "aku". Biar aku cuba untuk memahami dan merasainya buat berjuta kalinya. aku mahu merasakannya dan mungkin dengan cara ini aku lebih teliti dalam pencarian ini.



KISAH 2



Aku meneruskan pencarian ini. Mencari dan mencari tanpa berputus keringat ini. satu ketika aku hampir menemuinya. Perkataan "hampir" telah tidak membenarkan aku untuk menemuinya. sebelum ini aku tidak pernah merasa teruja untuk mencarinya tapi kerana sesuatu telah meniupkan api ego dalam diri ini. Aku mula mencari dari satu daerah sucinya namun aku buntu menemuinya. Kebuntuan itu menjadi aku lebih berani untuk mencarinya. Ya, aku telah menemui daerah suci itu. Aku rasakan diri aku ini paling bertuah dari segala-galanya. Bagi aku, daerah suci ini akan sebati dalam hidup aku. Tapi daerah ini telah memberikan satu kesan yang mendalam pada diri aku. Kedalamannya tidak bisa dilitupi dengan tujuh daratan tanah dan tidak akan bah dengan tujuh lautan dalam. Tapi aku cuba menutup kesannya dengan selebar senyum mesra. Aku cuba mencari hidup yang dikatakan orang "kepura-puraan". Bagi aku itu lebih mulia bagi seorang manusia seperti aku. Biar orang memandangnya jelek dan enteng yang penting semua orang puas dan dia.



KISAH 3



Hampir separuh usia muda aku di habiskan untuk mencari sesuatu itu. Bertapa sukar bagi untuk mencari. Apa yang sebenarnya yang aku cari? persoalan ini kembali muncul buat kedua kalinya. Mungkin persoalan bodoh yang muncul dari hati kecil aku. Tapi persoalan itu benar-benar menguji diri aku ini. Aku masih keliru dengan soalan itu dan kadang-kadang ia menguji kesabaran untuk meneruskan pencarian ini. Aku cuba memberikan jawapan pada persoalan tadi dengan berkata "aku mencari sebuah CINTA". Cinta, apa yang gah pada cinta? siapa aku untuk berbicara pasal cinta. Pernah aku tanya pada diri aku ini, adakah aku ini wujud atau hanya satu bayangan ilusi. Kalau aku wujud, mana aku. Kalau aku gah mana kegahannya. Inilah persoalan hidup yang perlu aku jawab. Siapa aku dan untuk apa cinta. Aku mula buntu mencari mencari dua jawapan untuk persoalan ini. Apakah jawapan untuk diri yang bernama aku ini?



KISAH 4



Bayangan jawapan mula aku temui. Namun aku masih ragui dengan bayangan itu. Adakah ia kepada jawapan untuk segala-galanya. Aku cuba mengambil masa untuk berfikir sejenak. Kata orang berfikir menggunakan akal lebih baik jika diletakkan dengan fakta yang kuat. Tapi bila hati kita berkata ia lebih tepat dari akal kita yang cergas. Bagi meletakkan bayangan itu diantara dua garis lebih baik dari menerimanya. Garis mula dan akhir bagi seorang manusia. Sesudah berakhirnya garisan itu maka baru tahu apakah jawapannya yang sebenar. Itulah yang cuba dikatakan oleh hati kecil aku ini. "faham dan memahami" dua perkataan yang berbeza. Adakah aku faham atau perlu memahami. Tiba-tiba kemunculan sesuatu cuba mengubah cara aku untuk membuat keputusan. Mungkin kehadirannya adalah satu utusan yang Esa kepada aku. Aku menerima seada-adanya tanpa aku kenal siapa dia. Siapa dia? siapa?



KISAH 5



Siapa dia? aku fikir dan fikir. Aku tidak pasti. Begini ceritanya:


awaklah orangnya-katanya

maksud awak saya-aku

awaklah-katanya

saya-aku

ok-katanya

ok-aku

jadi siapa orang itu.


Hari ni aku cerita kelakar pasal aku dan dia. Apa yang kelakar sangat tu?. Nak jadikan cerita, masa pagi masih. Aku masih segar lagi dalam kain selimut wangi aku. Ape yang bising ni. Aku tengok telefon aku kat sebelah tempat aku tidur ni. Siapa yang menggu pagi2 ni. Aik dia, aku angkat telefon dan dia cakap dia kat depan UMS sekarang ni. Biar betul atau aku yang tenggah mimpi (agak-agak ape yang berlaku ye)...aku ingat ia main-main dengan aku. Sekali tengok betul la. Jumpa dia dengan muka yang serabai dengan belum mandi. Mata aku pun masih mamai lagi. Terkejut aku jumpe awek pagi2 mcm dalam movie hindustan. Malunye. gelak besar aku pagi tu...tapi best la. pengalaman aku knal si dia...kakakaka...aku happy sangat dapat masa tu...lepas tu kami layan msg tapi tak serius sangat. lepas tu ada kisah baru pasal kami.


KISAH 6


nie cerita baru pasal kami...Opss betol ke nie. betol kot. masa tu aku kat sabah masih. maklumlah masa tu aku nie tengah sakit jiwa pasal seorang budak nie. sengaja buat hal dengan aku ape lagi buat hal aku dengan hidup aku. nak dijadikan cerita kan2...aku keraplah mesej dengan dia kononnya cari ketenangan jiwa. hilang sikit sakit jiwa aku tu. lama2 dah kenal tu aku try la masuk line dengan dia. first2 terasa juga janggal juga tu. mana tidaknya, satu di utara satu di selatan. kenal pun dalam telefon. kalau cakap pasal jumpa tu jauh la sekali maklumlah ada jumpa pun dulu tak sampai 5 minit.(boleh kata berjumpa ke?). tapi ok la juga. beberapa lama lepas kami dapat jumpa juga tapi aku pun tak sangka. Apa yang telah berlaku sebenarnye?

KISAH 7

time tu aku balik kampung...balik raya masa tu. sebelum raya aku dapat satu mesej dari si dia. kata nak datang kat umah aku. biar betol dia nie. aku tunggu jela. skali tu aku dapat mesej dari dia lagi. dia kata kat kelantan sudah dia. mula-mula aku tak percaya, keesokkan dia cakap nak jumpa dan datang rumah. aku on je. sekali tengok ambik kau...betol dia datang. aku pun bawalah balik rumah aku. first tu segan la jugak, maklum la rumah aku nie tak besar sangat, tapi boleh tahanlah....hihihihihi. masa kat rumah aku, sempat lagi dia masak untuk aku. pertama kali dia masak untuk aku.bestnya. sampai aku nak makan pun malu-malu. (ade jugak rasa malu ye). sebelum dia balik sempat jugak kami pergi jalan-jalan kat bandar sana walaupun hujan masih renyai-renyai. romantik nampaknye. pergi shoping n makan-makan. huhuhuhhu...

KISAH 8

sory...lama x menulis maklum bizy skit..hihihihi...berbalik pada cite nie. keesokan pagi aku p la hantar dia naik bas nak balik campus...ade ke patut dia kejut aku dengan tarik hidung aku...tekejut aku pagi 2. lepas tu kami x jumpa dah...lama betol x jumpa dia maklumlah satu disini satu disana...jauh tu. tengah sibuk msg dgn si dia...aku tanya boleh ke kita serius...awal2 tu kurang skit...lama2 tu serius la jgak kami. nak jadikan cerita, masa aku kt sini aku nie selalu msg dgn kawan2 lama and baru...so aku igat dia xkisah sgt pasal tu...satu hari tu dia tanya aku pasal dgn aku msg...aku selambe katak je bgtau yang aku msg dgn kawan2... sekali dia cakap aku msg dgn popuan lain...memang aku msg dgn popuan tapi kawan2...perang kecil kami. nasib baiklah dia faham kemudiannya. aku hmpir kehilangannya...oh tidak. last2 aku pujuk and aku kasi terang elok2 baru dia faham and kami kembali mcm biasa...ihhhihi

KISAH 9

akan bersambung nanti...