Tuesday, May 31, 2011

terima kasih

terima kasih
ucapan dari kata hati ini
kerana kamu pernah menyinggah padaku
dan sekejap lagi kau akan dimiliki
tiada lagi hak yang ilusiku padamu
namun hakiki mengiringimu.

pertama kali ku jatuh dalam duniamu
bagai satu anugerah dari Ilahi pada ku
seolah-olah aku dijemput mimpi bidadari syurga
membawa menjelajah jauh di awan nun jauh disana
sampaikan aku tak pernah merasakan derita dunia.

namun aku tahu kau cuba memahamiku
tapi aku menutup segala deriaku untuk mu
kerana aku tidak bisa merasa pahitnya derita
dan aku biarkan mu pergi meninggalkan ku sendiri.

hari ini buat sekian lama aku menjauhkan diri
khabar gembira mu aku terima jelas dari mata-mata dunia
diri mu akan terikat pada tiang serinya
aku gembira diri mu telah menemui teman mesra.

aku akan doakan kebahagian mu kawan.
Amin Ya Amin.

~sebuah kehidupan~

No comments:

Post a Comment