Monday, May 9, 2011

TIPS: Sabar ketika MARAH






Salam




Korang pernah mengalami keadaan begitu, bukan?
Macam mana kau kawal?
Ok aku bukanlah bijak pandai
nak bagi perturun ilmu segala.
Cukuplah sekadar berkongsi apa yg aku ada sahaja.

Dalam keadaan MARAH,
kita akan lakukan banyak perkara
di LUAR SEDAR
sehingga tak sedar actions kita
tu akan menakutkan orang.
Ok la possible kalau nak gertak semua.
Tapi, jangan action je lebih,
tindakan susulan tak ada.
Tak guna jugak ok!

Pertamanya, kalau dalam keadaan MARAH,
cuba-sebaik mungkin
-BERFIKIR DENGAN RASIONAL.
Tolong jangan sesekali bertindak membuta tuli.
Tarik nafas, penuhkan minda dengan oksigen,
lantas otak kita boleh berfungsi dengan baik.
Pemikiran yg baik akan menyumbang
kepada tindakan yang betul.

Keduanya, kita mulakan dengan TEGUR dahulu.
Cuba ubah tona suara.
Tegas tetapi tak perlu menengking.
Tengking bukan sahaja
akan menyebabkan orang tak selesa,
tapi kau juga yg lelah,
penat semua.
Beri teguran berbaur SINDIRAN dulu.
Kalau boleh kaw-kaw, kau bubuh kaw kaw!
Seterusnya, kalau masih tak jalan,
TINGGI KAN SUARA dengan nada tegas
tapi sekali lagi bukan menengking.

Selepas itu, barulah cuba perlahan-lahan senyum.
Cuba ubati kemarahan itu dengan segaris senyuman!

Kalau kita tegur dengan berhemah,
InsyaAllah orang akan hormat kita
berbanding terpekik terlolong macam polong sesat ok.
Cuba rasional—sekali lagi aku tulis perkataan ni,
maknanya rasional itu sangat penting!
Jangan asyik fikirkan SEBAB,
tetapi fikirkan AKIBAT nya juga.

Semuanya terletak pada minda kita.
Kalau kita boleh kawal kemarahan kita tu,
InsyaAllah kuranglah kita lakukan
perkara yang tak sepatutnya.

Berfikir guna AKAL, bukan HATI.
ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK..

No comments:

Post a Comment