Thursday, April 30, 2009

ROKOK MERBAHAYA...

Ketagihan rokok dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidaktahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
Merokok boleh menyebabkan ketagihan yang berpanjangan dan akan memberikan banyak kesan yang buruk kepada si perokok. Terdapat 40 jenis penyakit yang di kaitkan dengan merokok iaitu penyakit jantung, kanser peparu, radang pernafasan, strok, paru-paru kembang, kerencatan bayi, keguguran, reput tulang (osteoporosis), kemandulan, ulser perut dan beberapa kanser lain. Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya menyebabkan penyakit kanser. Peratusan merokok haruslah dikurangkan kerana merokok akan menyebabkan jangka hayat seseorang perokok berkurangan. Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal oleh kerana penyakit yang berkait dengan merokok. Merokok juga membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan menjadi ketagihan. Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah barah paru-paru, kelelahan akibat COAD dan emphysema,sakit jantung iskaemia, kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases, kanser pundi kencing,air mani tidak normal, lemah ingatan, jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan, meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung, risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil, risiko menghidap berbagai jenis barah atau kanser meningkat
Antara bahan kimia yang boleh memebunuh manusia yang terdapat dalam rokok ialah seperti Nikotin, Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung
Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.Asap rokok juga boleh memeberikan kesan kepada orang di sekeliling perokok dan kesannya lebih teruk daripada orang yang merkokok dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli).
Enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang.Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan ubat itu. Walaupun semua remaja sudah mengetahui tentang bahayana rokok kepada kesihatan mereka namun semua itu tidak diendahkan oleh mereka dan makin hari ke hari semakin ramai yang mula terjebak dengan rokok.mereka lebih mementingkan keseronokan,kepuasan sahaja tampa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi nanti.walaupun sudah ramai berlaku kematian disebabkan tabiat merokok namun bagi si perokok terutamanya dikalangan remaja beranggapan bahawa itu bila sudah sampai ajal sesesiapa pun akan mati walaupun tidak merokok. Statistik kematian akibat merokok juga membuktikan bahawa kematian akibat merokok semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

SAJAK......

Setelah Kuberi

Setelah engkau kuberi cinta
Setelah engkau kuberi harapan
Setelah engkau kuberi sayang
Setelah engkau kuberi segala
Sepunuh jiwa
segala hati
Seluruh raga
Kaulah nyawa
Kaulah cinta
Kaulah segalanya

Kini kau memberikan alasan
Kini kau menidakkan
Segala kasih yang kusuapkan
Bagimu aku menyusahkan
Memberi beban
Diriku kau pinggirkan
Kau pupuskan aku dalam ingatan

Bagaimana hendak ku hadapi
Hari-hari yang menanti
Makin sepi
Makin sunyi
Tanpamu di sisi

Ingin sahaja aku mati
Ingin sahaja aku akhiri hadup ini
Ingin sahaja aku pergi
Tiada guna hidup lagi
Tapi aku tidak pasti
Bagaimana aku di sana nanti

Masih adakah lagi
Orang yang menanti untuk dicintai
Perlukah aku mencari
Atau tunggu sekumtum bunga kembang kembali
Biarkan cinta menjelmakan diri
Atau biarkan sahaja ia berakhir sampai disini

Nikmat Cinta

Begitu indah cinta
Kesana-kesini cinta
Penuh warna-warna suka
Bagai tiada duka
Tiada penhujungnya
Nikmat cinta tidak terkata

Cinta suci
Membutuhkan kasih
Meminta setia
Tanpa cinta hidup sia-sia

Tembok cinta takkan kukuh
Tanpa setia ia akan roboh
Tanpa kasih yang utuh
Cinta takkan teguh

Cinta akan selalu merindui
Selalu ingin disisi
Malam,siang atau pagi
Cinta tetap dalam di hati


Cinta, aku perlukanmu
Aku ingin diselimuti bayanganmu
Terjahlah aku
Tusuklah diriku
Dengan kudratmu
Jasadku hanya untukmu

Inginku merasai nikmat cintamu
Betapa aku rindu
Betapa aku perlu
Sekali tanpamu
Selamanya ku membisu
Kerana aku pemujam

Kabur



Bila malam menjelma
Dalam lena aku terjaga
Dari mimpi yang sia-sia
Dalam hati aku bersuara
Dalam tenang aku terseksa

Bila malam menjelma
Bila sepi tiba
Bila mentari menutup mata
Hatiku gundah-gulana
Kenang diri yang tak berguna

Bila malam menjelma
Pelbagai persoalan
Ingatkan masa depan
Pahit manis harus ku telan
Untuk mencapai kejayaan

Bila malam menjelma
Hati tidak tenang
Fikir hari-hari mendatang
Entah terang entah kelam

Bila malam menjelma
Pelbagai dilema menerpa
Adakah aku hidup lama
Adakah esok masih ada
Atau hanya linangan air mata
Meratapi aku yang telah tiada







Teman

Datanglah kepadaku wahai teman
Musuh datang kita lawan
Kita sama-sama berjuang
Ke satu arah
Dengan satu jalan

Datanglah kepadaku wahai teman
Jika ada aral melintang
Jika kau buntu jalan
Kita sama-sama renang

Datanglah kepadaku wahai teman
Jika perlukan teman
Suka-duka kita seiringan
Jangan kau keseorangan

Datanglah kepadaku wahai teman
Waktu susah
Waktu senang
Waktu terang
Waktu kelam
Aku bukan lawan

Datanglah kepadaku wahai teman
Jika ada aku beri
Jika tiada
Sama-sama kita cari

Datanglah kepadaku wahai teman
Jika selama ini kau mencari
Teman yang sejati
Untuk perjuangan suci
Aku ada di sini

Datanglah kepadaku wahai teman
Kita cincang sengketa
Kita satukan kata
Kita takluk dunia

Nak Balik…

Bukan senang masuk universiti
Apa yang nak dibuat kena teliti
Segala maklumat mesti terperinci
Bukan macam sekolah lagi
Kalau gagal aku rugi
Kena mengulang setahun lagi

Kena bangun pagi-pagi
Kalau tak kena jalan kaki
Bas tak tunggu aku lagi
Beginilah aku tiap hari

Makan tak makan tak siapa peduli
Kena masak sendiri
Tiada orang gaji
Makan meggi je hari-hari
Makan nasi sekali sehari

Kena pandai berdikari
Cuci baju seminggu sekali
Tidur tak sampai pagi
Assignment berlori-lori
Masuk kelas lewat kena maki

Mak talifon seminggu sekali
Duit kau ada lagi?
Sudah makan hari ni?
Pandai-pandai lah jaga diri

Topup belum lagi
Awek merajuk lagi
Aku tak balas mesej dia tadi
Pening kepala aku ni

Kelas hari-hari
Walaupun hari cuti
Orang lain goyang kaki
Aku ada kelas lagi
Sumpah aku tak minta pun kos ni

Tiket belum beli lagi
Takkan aku nak duduk sini
Mati la aku kalau macam ni……………….. L
Tangisan Alam

Indahnya alam
Anugerah tuhan
Bukan untuk kita dibinasakan
Bukan juga milik seseorang

Banyaknya hidupan
Tebalnya hutan
Bukan untuk dimusnahkan
Ia satu warisan

Pembalakan
Pembakaran hutan
Ini bukan satu alasan
Untuk jadi senang

Cuba lihat hutan
Makin gersang
Dengarlah tangisan
Akibat kerakusan
Mahkuk bernama insan

Mugkin generasi hadapan
Hanya dapat melihat tunggul-tunggul usang
Kerana kelalaian
Kerana kesilapan nenek moyang

Debu-debu berterbangan
Cantikkah pandangan?
Indahkah alam?
Bagai rumah tanpa hiasan

Tsunami dah datang
Banjir musim hujan
Kemarau panjang
Pada siapa nak dipersalahkan?
Itu balasan alam

Aku bukan ilmuan, sebaliknya penuh kekurangan
Hanya untuk ingatan, juga pesanan
Jagalah alam
Kota Kinabalu

Kota Kinabalu
Tempat aku mencari ilmu
Tempat aku memhabiskan waktu
Semuanya bermula di situ
Kota Kinabalu…
Tak kira masa dan waktu
Tanpa pernah rasa jemu
Tanpa merasa segan dan silu
Aku bertandang selalu

Kota Kinabalu
Tinggi gunungmu
Kau terlalu indah bagai tiada debu
Membuat mataku tak pernah jemu
Menatap hijau warnamu sejak dari dulu
Kota Kinabalu…
Di sana ada tamu
Menjadi tempat aku bertemu
Gadis manis pujaanku

Kota Kinabalu
Tempat yang selalu aku tuju
Tidak kira masa dan waktu
Setiap sabtu atau hujung minggu
Kau sentiasa menunggu
Kota Kinabalu…
Orang ramai berpusu-pusu
Jangan mudah leka dan tertipu
Semuanya ada di situ

Kota Kinabalu
Indah sungguh pasir pantaimu
Begitu dingin angin bayu
Membuat hati menjadi pilu
Kota Kinabalu…
Bila sampainya saat dan waktu
Dikala kasih kita erat berpadu
Kita jauh untuk bertemu
Aku akan selalu merindu
Kau tetap di kalbu

Kelantan


Kelantan
Kau cantik dipandang
Hutan,bukit, sawah dan bendang
Luas terbentang
Namamu megah di julang

Kelantan
Dari sana aku datang
Dari sana aku terbang
Aku bagai seorang pedagang
Mencari ilmu ditempat orang

Kelantan
Indahmu selalu akan kukenang
Walau laut jadi penghalang
Namamu tetap dalam ingatan
Tidak kira siang, malam atau petang

Kelantan
Disana aku senang
Disana ada keluarga tersayang
Menunggu saat ku pulang

Kelantan
Walau tidak nampak dipandang
Namun jarak bukan penghalang
Daripadamu aku datang
Kesisimu aku akan pulang








-



Cerca Yang Tidak Tercela



Dikala mentari terbit meyuluh alam
Menyentap aku dari mimpi dan angan-angan
Dari celah sampah aku membuka mata
Aku seorang tua hidup penuh duka
Segulung tikar menjadi hamparan
Sekarung guni menjadi teman
Jauh terpelusuk dari kesenangan

Tidak aku minta sebegini rupa
Menyusuri lorong yang lohong
Mencari tin-tin kosong
Untuk mengisi perut yang berkeroncong

Dengan kudrat senja aku terpaksa
Setiap sisa sangat berharga
Dipandang kotor sangat tercela
Dianggap sampah di tengah kota

Aku sebatang kara
Hidup bertemankan duka
Terlontar jauh dari sesiapa
Berteman sampah menghiasi mata

Terpaksa meminta belas kasih orang
Mencari sisa yang terbuang
Kesejukan malam diselimuti kelam
Pakaian lusuh dan usang
Dimanakah anak
Kemanakah kawan







Keluh Kesah


malam ini aku tidak dapat melabuhkan mata
kerana hati meronta-ronta
bukan niat untuk menyakiti hatinya
bukan niat aku tidak mahu memberi apa yang diminta
SAYANG…….
bagiku kaulah segalanya
telah aku lakukan semuanya
tetapi perbuatanmu sangat menyiksa jiwa
aku tidak tahu kau sengaja atau terpaksa
SAYANG…….
aku tidak menjanjikan harta berjuta
tapi aku ada kasih sayang
untuk aku berikan kepada mu
akanku curah kasih
akan ku tabur sayang
hanya untuk dirimu seorang
SAYANG…….
jika terdaya akanku beri semua yang kau pinta
bukan tanda cinta
tapi tanda kasih dan setia
aku insan miskin harta
tapi penuh kasih sayang di dada
SAYANG…….
aku tidak minta balasan
atas segala kasih yang ku taburkan
aku tidak minta belas kasihan
cukup sekadar kesetiaan
hanya itu yang ku harapkan
SAYANG…….
tiada cinta tanpa air mata
bukan cinta jika ada dusta
bukan harta penentu segala
hanya kasih sayang menetukannya





Melayu Bersatu

…bersatulah melayu
kalau tidak bangsa retak
bimbang retak menbawa belah
kita akan kalah…

…bersatulah melayu
kita bagai cermin
kita tilik melihat wajah
wajah melayu wajah kita
jangan biar ada noda…

…bersatulah melayu
kita umpama lampu
jika ada yang leka kita suluh
jangan biar ia terjatuh…

…bersatulah melayu
kita ibarat payUng
jangan biar ia carik
walau hujan
walau panas terik…

…bersatulah melayu
kita laksana pohon
akar mencengkam tebing
tebing menbentuk aur…

…bersatulah melayu
kita bersatu
redah sengsara cari damai
kita bangsa gagah
menyatu kita megah tanpa kalah…







Malam Kemenangan

Pada malam indah ini
Sama-sama kita
Mencincang lumat
Rangka-rangka dusta

Dengan kehangatan cinta
Dengan sumpah setia
Kita bakar segala dusta
Kita curahkan setia
Mencanang makna bahagia

Pada malam kemenangan ini
Kita atur langkah
Setia bersama
Menyatukan jiwa
Menhela nafas bahagia

Alangkah damainya rasa
Bila bahagia tiba
Pelukan kasih kita
Diiringi langkah setia

Untuk melahirkan cinta setia
Pada malam bahagia ini
Kita laungkan rasa cinta
Dengarlah gema merangsang jiwa
Itu pidato seorang pencinta

kehidupan seorang mat rempit yang tersepit............

mat rempit,
makan dengan motor,
tidur dengan motor,
mandi dengan motor,
mati pun dengan motor,
baik kata semua pasal motor.

mat rempit,
kerja tiada menghabis duit,
kerja malas harapkan harta mak bapak,
kerja senang hanya berlumba haram,
kerja hanya memalukan bangsa melayu kita,

mat rempit,
anak melayu kita,
bangsa melayu kita,
agama islam kita,
memalukan kita,
merosak anak bangsa kita,
menghancurkan maruah kita.

mat rempit,
mat rempit penagih,
mat rempit tauke dadah,
mat rempit perompak,
mat rempit perogol,
mat rempit sampah bangsa,
mat rempit perosak bangsa.

mat rempit,
jangan kita dihina,
jangan kita dicaci,
jangan kita dibenci,
jangan kita leka,

jom benci mat rempit...!!!!!!!
boikot mat rempi........!!!!!!
hampuskan mat rempit....!!!!!
jahanamkan mat rempit.....!!!

cerito anok bangsa kita.

cerito anok kelate

anok kelate ramai dimerata tempat.
kayo dengan seribu budaya.
tidak kiro apa faham politik.
bersatu membina negeri tercinta.

kelate negeri berjaya.
membangun bersama tok guru.
dibawah pimpinan ulamak terbilang.
membimbing anak bangsa tercinta..

hidup negeri kelate hingga berjaya.
biar tersohor keseluruh dunia.
memanju pembangunan negara.
menjadi negeri contoh kepada negara kita.

hidup anak kelate.....
hidup anak kelate.....
hidup anak kelate....