Thursday, April 30, 2009

ROKOK MERBAHAYA...

Ketagihan rokok dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidaktahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.
Merokok boleh menyebabkan ketagihan yang berpanjangan dan akan memberikan banyak kesan yang buruk kepada si perokok. Terdapat 40 jenis penyakit yang di kaitkan dengan merokok iaitu penyakit jantung, kanser peparu, radang pernafasan, strok, paru-paru kembang, kerencatan bayi, keguguran, reput tulang (osteoporosis), kemandulan, ulser perut dan beberapa kanser lain. Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya menyebabkan penyakit kanser. Peratusan merokok haruslah dikurangkan kerana merokok akan menyebabkan jangka hayat seseorang perokok berkurangan. Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal oleh kerana penyakit yang berkait dengan merokok. Merokok juga membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan menjadi ketagihan. Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah barah paru-paru, kelelahan akibat COAD dan emphysema,sakit jantung iskaemia, kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases, kanser pundi kencing,air mani tidak normal, lemah ingatan, jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan, meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung, risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil, risiko menghidap berbagai jenis barah atau kanser meningkat
Antara bahan kimia yang boleh memebunuh manusia yang terdapat dalam rokok ialah seperti Nikotin, Manusia merokok kerana inginkan kesan nikotin, tetapi kebanyakan kematian akibat tabiat merokok berpunca daripada tar. Bahan tar apabila masuk ke dalam sistem tubuh akan diubahsuai di hati kepada suatu bahan yang dikenali sebagai Karbon monoksida ialah gas yang tidak berbau dan tidak berwarna serta lebih mudah bercantum dengan hemoglobin darah berbanding oksigen. Keadaan ini tentu akan menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu-tisu tubuh. Bagi menampung kekurangan ini, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi. Karbon monoksida juga merosakkan dinding arteri dan dengan itu, mendorong berlakunya penyakit jantung
Epoksida juga ini berbahaya kerana melalui tindakannya pada DNA yang merupakan unit asas baka sel, akan mencetuskan pertumbuhan sel yang tidak normal pada organ.Asap rokok juga boleh memeberikan kesan kepada orang di sekeliling perokok dan kesannya lebih teruk daripada orang yang merkokok dan boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli).
Enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang.Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan ubat itu. Walaupun semua remaja sudah mengetahui tentang bahayana rokok kepada kesihatan mereka namun semua itu tidak diendahkan oleh mereka dan makin hari ke hari semakin ramai yang mula terjebak dengan rokok.mereka lebih mementingkan keseronokan,kepuasan sahaja tampa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi nanti.walaupun sudah ramai berlaku kematian disebabkan tabiat merokok namun bagi si perokok terutamanya dikalangan remaja beranggapan bahawa itu bila sudah sampai ajal sesesiapa pun akan mati walaupun tidak merokok. Statistik kematian akibat merokok juga membuktikan bahawa kematian akibat merokok semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

No comments:

Post a Comment