Sunday, August 30, 2009

cInTa YaNg SuKaR

cinta,
sucikah ia,
murnikah ia,
indahkah ia,
seperti cinta insan kepada sang pencipta,
yang punya hak keatas segalanya.

cinta,
adakah satu perkataan,
adakah satu ucapan,
atau
rasa jiwa manusia,
yang penuh khayalan
dan dusta.

cinta,
lahir dari mata,
lahir dari hati,
lahir dari rasa,
atau lahir dari insan kedua,
yang memberikan harapan kepada kita.

cinta,
kalimah yang tiada satu tafsirnya,
dan tiada penghujungnya,
yang mungkin beribu makna,
makna yang sukar untuk kita jangka
dan kita rasa.

NuR RaMaDhAn

ramadhan,
ketibaan mu amat dinanti,
bulan yang yang penuh kenikmatan,
tiada sama dari bulan yang lain,
bulan menguji keimanan umatNya,
dan
memberi seribu rahmat dariNya.

segala syaitan dan jin dibelengu,
hanya nafsu yang menjadi musuh mu,
kerana nafsu mu akan tewas,
untuk mendapat rahmatNya.

ramadhan,
permergian amat menyayat hati ini,
rasa rindu yang mengcekam jiwa,
seperti malam yang hilang bulan.

nur ramadhan,
aku ingin bersama mu,
tiap saat umur,
walaupun aku tidak bisa,
menahan kau pergi sekali lagi,
dan mungkin aku tak akan berkesempatan,
bertemu dengan nur ramadhan,
yang akan kembali.

MaNuSiA mErDeKa....

merdeka.
merdeka.
merdeka.
jerit si remaja,
fahamkah dia,
ertinya pada merdeka.
atau
sekadar laungan semata-mata,
atau
untuk meraikannya
atau
sebagai tanda kepada kita.

merdeka.
merdeka.
merdeka.
tahukah kita apa ertinya,
atau
bebas dari konkongan barat,
atau
bebas berpesta,
atau
mengibarkan bendera kebanggaan kita.


merdeka.
merdeka.
merdeka.
apa yang kita buat,
berjuang dan berperang,
menentang sang penjajah keparat,
atau
kita hanya
meraikannya sebagai satu perayaan,
pada tanggalnya,
berhibur,
atau
mabuk,
atau
berjudi,
atau
bercuti,
menikmati kemenangan insan terdahulu.

fikirlah wahai manusia,
jangan kau alpa dengan kata merdeka,
kamu tidak akan kekal merdeka
jika kau asyik meraikannya.
pandanglah pada sejarah lama,
kerana yang lama,
wujudnya kita.

pertahan,
hargailah,
dan
ingatlah apa itu erti
sebenar merdeka.
merdeka
merdeka
merdeka.....

Saturday, August 15, 2009

MaNuSiA..

manusia,
engkau adalah pemimpin dimuka bumi ini,
pemimpin yang adil lg amanah,
tapi engkau zalimi dan khianat,
engkau biarkan saudara islam sendiri ditindas,
umpama binatang didalam sangkar,
engkau membiarkan mereka memakan sampah,
sampah yang begitu hina didunia,
engkau khianati anak bangsa sendiri,
demi memenuhi nafsu yang ganas,
engkau rampas hak mereka,
dan kau biarkan diri mereka,
janganlah engkau sombong dan megah,
ingatlah
sedarlah
ketahuilah,
bahawa kamu ada manusia yang lemah,
tiada apa-apa kuasa,
untuk melawan kekuasaan-Nya.
manusia
engkau ada tanggungjawab keatas dunia ini,
tanggungjawab yang begitu besar,
jangan kau alpa dengannya,
sesungguh engkau akan dihina,
dicerca,
dimaki,
seperti mana sang pencipta janjikan.

Thursday, August 13, 2009

MaNuSiA PeLuPa...

manusia,
kamu selalu lupa,
kamu lupa pada tuhan kamu,
pada tanggungjawab kamu,
agama kamu,
umat kamu,
negara kamu,
bangsa kamu,
masyarakat kamu,
keluarga kamu,
saudara kamu.

kamu ikut saja nafsu kamu,
kamu hina tuhan kamu,
kamu zalimi umat kamu,
kamu keji negara kamu,
kamu biarkan segala terjadi pada hayat kamu.
kamu adalah raja pendusta,
pendusta yang begitu nyata,
kau adalah hamba berdosa,
dan tidak berguna.


komeng...09.