Wednesday, October 21, 2015

Di hujung jalan

Pada hujung jalan
Aku lihat dia begitu suram
Tanpa wajah gembira
Tanpa lambaian tangan.

Aku hanya mampu berdiri
Diam tanpa suara
Menatap wajahnya.
Garis lurah urat tua
Begitu jelas kasar
Seperti dia yang pernah aku kenal.

Itukah dia
Wanita di hujung jalan
Yang sekejap lagi akan hilang
Dan membiarkan aku sendiri di sini.

Tunggu sekejap
Ada bicara yang belum selesai.

Sunday, April 12, 2015

Sesat kesat

Sesat tersesat
Menyesat kesat.
Lidah meludah melatah
Keras pedas bebas
Tak ada tuju arah menyerah.
 Ini bayang siapa
Gelap pekat menyergah
Kecut terkuncil mengecil
Seram suram sendat menyumbat.
Ini wajah siapa
Garang kusam kelam
Lagak gerak tanduk
Tegas amarah.

Aduhai tersesat semua.

Thursday, April 9, 2015

Gagak hitam

Pada hentian jalan kesibukkan
Hinggap rendah si gagak hitam
Memerhati gerak laku sang manusia
Bertopeng topengan sesama sendiri
Omongan besar dan kosong.
Sang gagak seperti ingin tertawa
Gelagat sang juara kampungan
Sedang berbicara sendiri
Kononnya "akulah jaguhan".
Jerit suka hati sang gagak bersorak kecil
Merobek angkuh sang manusia.
Manusia lebih teruk dari sangkaku
Bicara gagak sendiri.
Untung nasib badan jadi gagak hitam
Hitam diluar hakikat suci dalam
Sebalik sang manusia yang terus terusan makin hitam
Kelam terselam dalam kekalutan songsang.
Ah! Terus saja terbang dari lorong kepalsuan.

Saturday, January 10, 2015

KITA SUDAH MATI

Kita sudah mati di sini
Dalam ruang ini
Mati jiwa
Hati dan naluri.
Kita mati rasa
Kita mati semua.

Harga mati itu murah
Menjunam jauh ke dasar nilai manusia!
Nyawa itu main biasa
Tanpa rasa salah sangka.

Kita sudah mati
Mati tanpa kata
Mati tanpa rasa
Mati itu perkara biasa
Oh senang kita mati begitu saja.

Monday, December 16, 2013

Bila Rasa Jiwa Berbicara


Rasa jiwa
meronta kecil ingin berbicara
nada gerak rasa bebas
tiada batas atau sempadan
hanya kata benar saja.
aku terjajah
aku terkurung
aku terkongkong
satu ruang akal luar biasa
carut lidah liar berbisa
pedas dan keras
tanpa tanda aras beralas.

Tuesday, December 10, 2013

Sebuah perjalanan yang tidak kita pinta...tapi kita terpaksa untuk meneruskannya. Ini bukanlah satu penipuan tetapi inilah hakikatnya bagi yang terpaksa. Pernah kita tanya apa yang kita cari sepanjang kehidupan ini? Adakah kita mendapatkannya? Dan hanya kita yang mampu menjawab segala persoalan itu. Seperti juga tentang perasaan itu, bukan yang semua kita rasakan itu dapat dirasai oleh orang lain. Kekadang kita terpaksa memakai topeng kedua pada wajah kita dan menjadi pelakon yang baik kepada sesuatu keadaan atau situasi itu. Kita sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah satu paksaan tapi kita merelakan paksaan itu. Pada pendapat aku, apa yang kita lakukan itu bersebab walaupun ia adalah sesuatu yang salah. Sebagai contoh, kita tahu yang kita orang miskin tetapi terpaksa berlagak jadi orang kaya semata-mata untuk menyenangkan perasaan orang lain yang lebih miskin. Dan secara tidak sengaja kita tidak sedar apa yang berlaku.

Perlukah kita terus menjadikan semua ini untuk terus berlakon dan menjadi penipu dalam diam? Fikirkan...

Revolusi

Revolusi
Jelas terpapang pada wajah manusia
Berbagai gaya dan cara kita meluahkannya
Ada yang berteriak
Ada yang bersorak
Ada yang kecewa
Ada yang gembira
Yang jelas tujuannya hanya untuk kepuasan
Individu
Kawan-kawan
Khalayak
Kenegerian
Bangsa
Ummat duniawi.

Revolusi
Untuk kebaikan atau keburukan
Fikirkan kesan dan untungnya
Jangan melepas membabi buta.