Tuesday, December 10, 2013

Sebuah perjalanan yang tidak kita pinta...tapi kita terpaksa untuk meneruskannya. Ini bukanlah satu penipuan tetapi inilah hakikatnya bagi yang terpaksa. Pernah kita tanya apa yang kita cari sepanjang kehidupan ini? Adakah kita mendapatkannya? Dan hanya kita yang mampu menjawab segala persoalan itu. Seperti juga tentang perasaan itu, bukan yang semua kita rasakan itu dapat dirasai oleh orang lain. Kekadang kita terpaksa memakai topeng kedua pada wajah kita dan menjadi pelakon yang baik kepada sesuatu keadaan atau situasi itu. Kita sedar bahawa apa yang kita lakukan itu adalah satu paksaan tapi kita merelakan paksaan itu. Pada pendapat aku, apa yang kita lakukan itu bersebab walaupun ia adalah sesuatu yang salah. Sebagai contoh, kita tahu yang kita orang miskin tetapi terpaksa berlagak jadi orang kaya semata-mata untuk menyenangkan perasaan orang lain yang lebih miskin. Dan secara tidak sengaja kita tidak sedar apa yang berlaku.

Perlukah kita terus menjadikan semua ini untuk terus berlakon dan menjadi penipu dalam diam? Fikirkan...

No comments:

Post a Comment