Thursday, December 15, 2011

Pentas dunia

apa ertinya sebuah pentas kehidupan
tiada sinar menyuluh ke muka
adakah kita mesti meraba merata
bagai buta si buta dalam kegelapan.
di manakah nilai seorang kita
tertampal padah wajah muka
di tampar keras mengencang rasa
buak-buak rasa dendam berbara.
sandiwara nafsu menjilat karma
memohon gerak jasad mengencang.

Tuesday, December 6, 2011

Aku Tetap Aku


aku tetap aku.
kenapa aku perlu menjadi orang lain,
kenapa aku perlu faham untuk orang lain,
kenapa aku perlu patuh pada kehendak orang lain,
walhal aku menderita kerana semua ini.
mungkin ego seorang manusia yang punya perasaan,
kononnya aku ini sudah hebat dan jauh lebih hebat dengan lain,
mungkin juga aku mahu jadi wira kepada semua orang,
walaupun aku perlu bazirkan segala harta dan kebahagian aku.
orang kata aku ini baik tapi bagi aku tidak sama sekali,
aku merasa diri aku ini berbeza dengan orang lain,
tapi orang kata kita ini sama sahaja tiada beza,
siapa aku dan aku ini siapa dalam pentas kehidupan ini.
aku tetap aku.
mana mungkin aku bisa jadi sebaik orang lain,
menjadi lebih baik dari semua orang,
tapi aku mahu jadi yang paling baik,
walaupun kebaikkan aku hanya pada diri aku sendiri.

hayati cinta


cinta rasa kata hati jauhi sekali,
tak bisa dituturkan dengan kata,
tak tertulis dengan jari jemari halus,
tapi satu rasa yang tidak pernah menipu sesiapa.
bila ada mulut berbicara pasal rasa cinta,
adalah telinga yang mendengarnya,
suara-suara sumbang menidakkan rasa cinta itu,
jerit kasar "ada apa dengan cinta".
hayati rasa cinta itu dalam jiwa kamu.
cinta lahir dari rasa yang suci.
tapi ada tangan-tangan nakal menggotorinya,
dan kata "cinta" dijadi umpan pada nafsu binatang.
mana rasa hormat pada kalian pada cinta itu.
tanpa cinta tidak mungkin ada kita dan tiada sesiapa.