Tuesday, August 16, 2011

KELAM TANPA MALAM


Sunyi mengundang kepekitan

Wajahnya berubah mengerikan

Denyutan jantung tak terasa kuatnya

Kepalapusingpeningmatabelalak.

Oh kelamtanpamalam.

Hanya mengerti dalam kelam

Hayunan kepala ligat sesat

Rancak suara serak gerak tanpa rentak

Kaki laju melipat tak kira tempat

Oh kelam tanpa malam.

6 ogos 2011.

Goyah si lalang


Masih tegakkah si lalang?

Dipukul badai bergelora dunia

Ronyok rayai dibelah angin senja

Tak bertongkat tapi masih berakar.

Bagai lalang ditiup angin

Goyah si lalang tak berarah lagi

Tapi lalang tetap berpijak pada bumi

Walaupun bunga keringnya sudah terbang menyinggah

Entah kemana pergi

Meninggal benih subur pada tanah terbiar.

Biar si lalang goyah ditiup angin apa

Namun kesetiaannya tetap diakui.


16 ogos 2011

Catatan sebuah kehidupan


Sang camar tinggi mengawan,

Gagak gersang sorak kebuluran,

Sibuk pekat mengisi kekosongan,

Merah,biru,putih,kuning di tugu bayangan,

Riak wajahnya mirip darah juang pahlawan,

Deras bak sungai dikala hujan.

Atap genting using dicelahan orang,

Tembok pudu jadi tinggalan,

Dihimpit bangunan mengapai awan,

Tulisan pada temboknya saksi pada sebuah kehidupan.

Seribu bau tercium,

Menerobos rongga hidung,

dalam seekor ulat besar,

di dalamnya berhimpitan orang kesesakan,

menuju lorong rezeki bersarang.

Hanyir sampah terselit duit-duit warga jalanan,

Mengisi kekosongan kota merdeka.

Pada wajah anak merdeka tertulis tanda Tanya,

Adakah ini sebuah kehidupan?.

Becak hujan hentian bas kota raya,

Tetes air menyimbah kulit selimut jasad,

Menyerap ke kalbu terasa sejuk menduga,

curah rahmat sang pencipta,

mengingat kembali pada yang Ehsa.

KERANA APA


Berbicara lantang memukul gendering perang

Kerana apa yang kamu bicarakan itu benar

Bebas menyuara apa yang terbuku

Walaupun seketul kahak pada anak tekak.

Serak basah bunyinya merisau siapa saja

Lawan yang berjiwa besar

Gementar tiba-tiba dan menunduk ketakutan dasyat.

Kerana apa semua bicara kosong ini dilontar

Mana arah pergi gelombang itu

Mehinggapi cuping telinga lebar dan tebal

Meracun fikiran dikala tanpa pedoman jiwa.

7 ogos 2011