Tuesday, August 16, 2011

KERANA APA


Berbicara lantang memukul gendering perang

Kerana apa yang kamu bicarakan itu benar

Bebas menyuara apa yang terbuku

Walaupun seketul kahak pada anak tekak.

Serak basah bunyinya merisau siapa saja

Lawan yang berjiwa besar

Gementar tiba-tiba dan menunduk ketakutan dasyat.

Kerana apa semua bicara kosong ini dilontar

Mana arah pergi gelombang itu

Mehinggapi cuping telinga lebar dan tebal

Meracun fikiran dikala tanpa pedoman jiwa.

7 ogos 2011

No comments:

Post a Comment