Tuesday, June 28, 2011

DILEMA MELAYU


Delema melayu? mungkin satu topik lama yang ingin dikongsi bersama. tujuannya bukan mengutuk keburukan MELAYU tapi mengingatkan kembali kepada MELAYU itu. "melayu takkan hilang di dunia" kata orang orang lama. Bertapa gahnya MELAYU itu seperti gahnya gunung tahan.

1511-melayu dijajah
1957-melayu merdeka
2011-jiwa melayu dijajah

jika kita amati dalam tempoh 500 tahun melayu telah menghadapi tiga peringkat pecapaiannya.

1511-melayu dijajah kerana kelemahan orang melayu
1975-melayu merdeka kerana perjuangan orang melayu
2011-jiwa melayu dijajah oleh idealogi orang melayu

makna disini, penjajahan MELAYU sebenar dari orang MELAYU. semangat MELAYU itu mudah LAYU.

Saturday, June 25, 2011

Kerenah diri

aku terkial-kial sendiri
mencari apa yang aku ingini
wahal semua terpacak berdiri
tak pernah berlari.
tapi aku seperti lari
lari meninggalkannya pergi
kononnya mencari sesuatu yang belum aku temui.
inilah dikatakan buta tuli
mahu jalan sendiri
mendonggak terus kelangit tinggi
batu disepak maki tak beralas lagi
bila orang tua bersuara tengok ke bumi
kata cukuplah aku tak mahu tuli
bila dah pekak merenget susah nak mengerti
baru kau tahu langit rendah ke tinggi.

Tuesday, June 21, 2011

hidup kita

33 akal kita pergunakan
satu pertimbangan sukar diputuskan
mengelirukan dan membingungkan.
pada warasnya akal mengawal kita
tapi hakikatnya hati yang membenarkan semuanya.
si buta bergerak kerana indera hatinya
tapi kita yang normal mengikut hawa nafsunya.

hawa nafsu umpama tulang yang bengkok
meleturnya perlu kesabaran si pelakunya
setinggi mana ilmu di dada
jika kesabarannya tiada
patahlah ia bersama dirinya.

~pesan sang tua~

Sunday, June 19, 2011

kasih ayah

Kasih seorang ayah sukar untuk ditafsirkan dengan perbuatan. namun kasihnya melebihi segala-galanya. Mungkin kadang kita melihat kasih sayang seorang ibu itu begitu besar, menutupi kasih seorang ayah. Namun kita tidak sedar bahawa kasih seorang ayah itu melebihi kasih seorang ibu. Pernahkah kita tanya diri kita? berapa detik kita mengingatinya atau cukup mengakui kehadirannya. Tanpa seorang ayah siapalah kita. Mungkin kita hanya satu khayalan ilusi pada masa kini atau sebuah mesin. Kasih seorang ayah sukar untuk diluahkan dengan perbuatan seperti seorang ibu tapi pergorbanan seorang ayah itu yang membuktikan kasih sayang mereka. Seorang ayah sanggup bekeringat kerana kita, seorang ayah sanggup kebulur asal kita kenyang, seorang ayah sanggup lakukan apa saja demi kesenangan dan kebahagian kita.

Tanyalah pada diri kita sebagai seorang anak pernah kita merasa perit dan penat beban seorang ayah? cuba kita fikirkan. Seorang ayah tidak pernah pinta kita untuk memberi kesenangan kepadanya. Melihat anak-anaknya hidup senang sudah menyenangkan hati seorang ayah. Jika itu permintaan terakhirnya, sanggupkah kita menunaikannya? sanggup. Menyenangi mereka ketika hayatnya lebih mulia dari menangisi selepas ketiadaannya. Igatlah wahai anak-anak, siapalah kita tanpa seorang ayah.

Ayah jasamu tak terbalas,
keringat mengalir deras,
jatuh ke bumi membasah,
keras dan bersatu dengan tanah.

ayah jasamu tak terbalas,
perit sanggup kau redah,
panas tak kau endah,
nilai nyawa sanggup kau petaruhkan.

~kasih seorang ayah~

Saturday, June 18, 2011

siapa bodoh

i

siapa bodoh?
jadi pak turut ke hulu ke hilir
junjung sampai ke langit tujuh
ludah dijilat macam madu
kata kesat umpama wahyu dari tuhan
ya ampun siapa bodoh.

ii

siapa bodoh?
di atas sorak sorai gembira
makan minum lazat dimeja
betina kiri kanan pelayan hawa
mabuk sampai jalan pakai muka
ya ampun siapa bodoh.

i

siapa bodoh?
di bawah perang macam orang gila
konon perjuang nasib kita
berparang tak kira masa
sama rumah bermasam muka
kerana beza fahaman politik dunia.
ya ampun siapa bodoh.

ii

siapa bodoh?
orang lain mengira harta
kita balik-balik jadi hamba
ampu di atasnya konon nak cari kuasa
sanggup jadi hamba, kuli batak, pecacai hina
semata-mata nak ada nama.
ya ampun siapa bodoh.

i

siapa bodoh?
sanggup habis harta
sanggup jual maruah muka
sanggup putus saudara
sanggup bunuh membunuh
sanggup buat apa saja
demi nak kejar dunia.

ii

siapa bodoh?
cerdik jadi bodoh
baik jadi bodoh
bodoh tetap jadi bodoh.

Friday, June 17, 2011

Jom masak !


adoi,
ari aku nak masak ape ye?
rasa macam nak makan sup sayur la pulak.
jom masuk dapur tengok bahan dulu,
sayur ade, perencah ade, bawang ade,garam ade,telur ade,
ok dah tu. masak sup sayur koboi.

nama resepi hari nie.
SUP SAYUP KOBOI...ok x?
ape2 hal pun jom masak dulu.

nah nie dia hasilnya...macam best je...
sape nak? boleh try buat ye...
senang je...igat koboi igat sup nie...koboi kan..

bye2...

p/s: sama macam hidup manusia, kekadang perlu koboikannya.

Thursday, June 16, 2011

jampi serapah


Hie Naga Ulit aku tahu asal mu,

Mu dok mengulik Puteri Mas Manis Tempayan Una,

Siapa yang empunya Ulit,

Raja Seri Rama Seri Perkam Raja,

Bersedangrakna yang empunnya Ulit,

Mu ulit lantas ke tujuh petala langit,

Terus ke tujuh petala bumi.


~rangkap jampi serapah upacara perasap alat muzik wayang kulit~

Wednesday, June 15, 2011

nasib sang tua


kala senja menyising
sang tua tegar pada peluh
titis akhir pinta rezeki
kudrat urat gersang
kendur liat pada belulang.
tua sang tua
bukan kepalang
tua kelapa semakin berminyak
tua sang tua penghujung jalan.
tegak pada tergelam mentari
sujud pada kukuh tanah berdarah moyang.
meminta padaNya
kerna anak bangsa
kerna pada diri sang tua
hanya satu tiada erti dua.

~sebuah nasib sang tua~

Monday, June 13, 2011

Bukan Kerana

aku menegur bukan kerana marah
tapi kerana kasih sesama insan.
aku menegah bukan membataskan
tapi hukum yang tetapkan.
aku berkasih bukan kerana kedudukan
tapi lumrah sebuah kehidupan.
aku memberontak bukan kerana membantah
tapi aku mahu sebuah kebebasan.
aku memuji kerana belas ehsan
tapi indahnya sebuah rahmat tuhan.
aku meminta bukan kerana terdesak
tapi kerana aku akui kelemahan diriku.

aku beserah pada Mu.

Sunday, June 12, 2011

1000 usia


1000 usia
999 masa pada dunia
1 pada selepas itu
ketara nilai
tapi menuju satu titik noktah
tiada lagi dua tiga
semua sama.

1000 usia
999 cinta ilusi
1 cinta hakiki
ketara nilai
tapi hakiki pada satu
tiada lagi lebih kurang
tetap setia.

1000 usia
999 kejahatan syaitan
1 kebaikan manusia
memang berbeza
tapi hitungan adalah sama
tiada terkurang dan melebihinya
hukum makamah akhirat
adil saksama.

1000 usia
tiada berguna lagi
amalan itu juga diperhitungkan.

~pesan seorang pak tua~

Saturday, June 11, 2011

onaji desu

konban wa...


nodo ga kawakimasu,
onaka ga sukimasu,
netsu,
shinpai.


minami,
kita,
higashi,
nishi.

onaji desu,
23 nen no keiken ga arimasu.

Pesan seorang hamba 2

Segala yang terjadi mutlak adalah KUASA Allah SWT.
ALLAH swt tak mungkin berbuat sesuatu yang SIA-SIA.
Pasti ada hikmah PADA setiap kejadian, sepahit apapun HARUS
ada kebaikan yang TERSEMBUNYI di dalamnya, bila direnungkan dengan sabar dan benar.
Harus kusyukuri mengapa Allah swt mentakdirkan semua ini menimpaku,
BENAR untuk peringatan atas dosa-dosa terjadi, kerana kelalaianku.
YAKIN berlakunya ujian dosa dan maksiat atas diriku jua dengan KUASA ALLAH swt.
TujuanNya bagi mendekatkan lagi, diri ini dengan Allah swt.
AKAL dikerah mencari dan menemukan kesalahan yang harus kuperbaiki lagi.
Setiap kejadian bagai cermin peribadiku,
aku tak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang telah terjadi.
NYATA aku lalai dan lemah, berputus asa,
kecewa dan beremosi seolah-olah ALLAH murka marah dan jauh denganku.
Hakikatnya ALLAH swt dekat, dengan kasih sayangNya.
Malah dengan noda dan dosa DIA menarik hambanya semula merintih menghadap
dan menyerah padaNya yang KUASA.
Kini aku sedar dan mengetahui diriku yang sebenarnya
dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya,

~pesan seorang hamba~
Allah swt Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Thursday, June 9, 2011

MasyaAllah


Allah itu tidak terpisah oleh jauhnya jarak dan tidak terikat oleh ruang dan waktu.
Jauhnya tidak berjarak, dan dekatnya tidak bersentuhan.
Sungguh Maha Halus dan Allah meliputi segala sesuatu,
sehingga tidak disedari bahawa Allah sentiasa meliputi
dan menyertai sesiapa pun di mana jua mereka berada, ….
dekat sekali bahkan lebih dekat dari urat leher.
Ketika KESADARAN itu telah timbul pada seseorang,
maka pastilah ia tidak mencari-cari atau menghadirkan Allah lagi.
Bagaimana Tuhan akan dapat dicari,
sebab Tuhan tidak jauh dari dirinya,
dan Tuhan tidak tersembunyi dari dirinya.
Bagaimana mungkin ia dapat menghadirkan Tuhan.
Sedangkan Tuhan sentiasa Qadim,
bahkan Tuhan sangat Maha Hadir di mana saja seseorang itu berada.
Allah sentiasa bersamanya dimana saja dia berada tidak kira siang atau malam.
Apakah daya kekuatannya sehingga dia dapat menghadirkan Tuhan,
walhal dia TIADA DAYA DAN UPAYA…
Kesadaran,… ya tentu sekali KESADARAN yang dapat merubah jiwanya
untuk merasakan kehadiran Allah yang meliputi segala sesuatu,
dalam gerak mahupun diam, dalam tangis mahupun tawa,
dalam sedih mahupun gemira, dalam sakit mahupun sihat,
dalam ibadah mahupun di luar ibadah, dan sebagainya….
Sungguh sangat mesra, dia yang telah tumbuh KESADARAN yang demikian,
yang selalu bahagia bersama Tuhannya pada setiap waktu dan ruang dan kesadaran…
MasyaAllah

~pesan seorang hamba~

Pesan seorang hamba

Wahai pencari ‘penawar hati’ masuklah dalam jiwa sejati..
.rasakan dirimu berdosa, lantas kembali bertaubat berserah diri padaNya.
Dengan dosa engkau kembali mencari dan mendekatiNya.
Akan hilanglah keAKUan, rasa dirimu lemah, hampa, tiada daya upaya.
Jiwa ilusi, ramai sekali, rasa bangga dengan banyak amal ibadah, keAKUan tambah tebal,
rasa takjub pada kuat beramal untuk diri sendiri, akhirnya rasa diri suci,
banyak pahala lantas memandang hina orang lain sebagai pendosa.

Taubat itu adalah ‘kembali’.
Tuhan, setiap saat memanggil-manggil para pendosa agar ‘kembali’ kepadaNya.
Anugerah terindah “kembali” adalah rahsia dosa jua atas pemberian dariNya.
Ketahuilah nikmat kembali, padaNya rahsia KASIH SAYANG-NYA jua.
Sucikan dosa dengan kembali padaNya.
“RAHMAT CINTA-NYA pengasih-sangat luhur, pengampun-tanpa syarat,
pemurah-besar nilainya tak terbanding sebatas apa pun.
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang taubat.”

~pesan seorang hamba~

Wednesday, June 8, 2011

Manusia Musafir

hidup manusia umpama musafir
kembara bertuju arah
menyinggah beradu lelah
peluh keringat terus membasah
tak membatas hujan panas
langkah tetap undur tidak lagi.

di tengah jalan dunia
ketemu madu arak seketika
rasa nikmat atau terlena
dek secakir manisnya rasa
secebis sengsara derita.

hujung jalan
kaki mula lenguh mahu berhenti
nafas mula sesak sendiri
malaikat mengekor setapak
menuntut hak tuan yang hakiki.

pergi tak kembali
hak tetap hak
menangguh jauh sekali
itulah saatnya
kegembiraan kerana mati
mati kerana sesal yang menanti.

p/s: seorang musafir dunia...

Tuesday, June 7, 2011

Pengungsi


kau tinggalkan bumi suburmu
lalu kau mengungsi ke kota
kerana rindumu ada di bawah neon.

hatimu tiada di desa. tapi
bukan gersang tanah
bukan kehilangan cinta.
kau gilai nafas kota
dari rayuan berita
kerana ingin dapat kerja
inginkan kehangatan udaranya.

tiada salahmu kalau
tanah desamu berhutan
di sekolah kau bukan diajar berladang.
tiada salahmu kau ke mari
bukan desamu kekurangan ladang
kau ke mari dengan harapan kerja
hanya kerana kau sedar
hasil pulang bertambah kurang.

kau ke mari mengukur jalan
kerana ingin sangat punya pekerjaan
kau ke mari di tengah jalan
kota ini belantara pengelutan.

sajak-Awang Had 1975

Sejarah DEKON MAKUM

Deklamasi Lakon atau lebih dikenali sebagai Dekon berasal dari dua perkataan iaitu deklamasi dan lakon. Ia telah diilhamkan oleh Sasterawan Negara Dato A. Samad Said melalui penulisan novel Lazri Meon. Kemunculan idea untuk membuat `dekon’ ini ialah ketika A. Samad Said diminta untuk memberi ceramah mengenai karya novel terbarunya Daerah Zeni. Beliau seringkali memikirkan cara untuk khalayak menikmati karya-karya ciptaannya.

DEKON merupakan idea yang digagaskan melalui salah satu aktiviti Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) pada tahun 2001 yang melibatkan penyertaan Mahasiswa/i dari IPTA Malaysia. Sepanjang tempoh tiga (3) tahun 2001-2003, kegiatan Dekon telah terlaksana dengan jayanya. Namun begitu, kegiatan Dekon ini telah terhenti selepas tahun 2003. Walaubagaimanapun pada tahun 2008, Sekolah Pengajian Seni bercadang untuk menghidupkan semula kegiatan Dekon dengan penganjuran Festival DEKON MAKUM IPTA 2009.

Deklamasi atau diistilahkan sebagai pengucapan bahasa secara puitis amat berkait rapat dengan persembahan lakon pentas. Lakon pula melibatkan aksi, gerak dan penafsiran serta olahan skrip dari bentuk tulisan kepada bentuk lakonan pentas adalah merupakan medium pengajaran secara langsung yang boleh diaplikasikan oleh pendidik untuk meningkatkan pembelajaran. Justeru, DEKON merupakan satu proses kepada mahasiswa/i untuk membentuk keyakinan diri, melahirkan individu yang kreatif, merangsang pemikiran yang berintelektual dan berinovatif, malah melatih pelajar mengaplikasikan pengurusan teknikal secara praktikal disamping mengurus organisasi lebih efisen dan bermutu tinggi. Oleh itu, bagi menambah pengetahuan am serta mengembangkan minat di kalangan mahasiswa/i dalam bidang teater, aktiviti DEKON telah dirancang oleh mahasiswa/i Sekolah Pengajian Seni (SPS) Universiti Malaysia Sabah.

Monday, June 6, 2011

Jenis Lakaran Pentas Dalam Sebuah Teater

Designer’s Plan

Lakaran berwarna atau model yang dikeluarkan mungkin indah dan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai set yang dirancang namun demikian pengarah teknikal memerlukan maklumat yang lengkap untuk membina set. Maklumat yang terkandung ini yang dilakar mestilah lengkap dan memberi pengukuran yang tepat beserta kompenen-kompenennya. Perancangan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek kerja lakaran.

Ground Plan

Lakaran dari atas adalah kunci dalam lakaran dan menjadi perkara asas kepada pereka set. Lakaran dari atas akan menjelaskan keseluruhan kedudukan semua set yang digunakan dan setiap kedudukannya diperincikan. Ia jelas ditunjukkan dalamlakaran set dan menghubungkan reka bentuk dalam teater. Lokasi dan ukuran yang diberi akan mengambarkan kedudukan set, kawasan pentas dan pesekitaran, arah keluar masuk, tingkap, dan sebagainya.selain itu, kedudukan dan ukuran termasuk belakang pentas,hadapan pentas, kiri kanan entas dan kawasan tengah pentas.

Kebanyakkan kerja yang dibuat oleh produksi bergantung kepada maklumat yang terdapat pada lakaran dari atas itu. Semasa rheasal, pengarah atau pengurus pentas akan merujuk kepada lakaran tersebut, meletakan penanda atau garisan. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada pelakon untuk bergerak semasa rheasal dan mengentahui kedudukan yang sebenar tanpa menggunakan set. Selain itu, lakaran ini amat penting kepada penata cahaya untuk membuat plot lighting. Ini kerana lakaran telah menjelaskan kedudukan set dan piƱata cahaya akan mengetahui bentuk pengcahayaan yang akan digunakan berdasar set itu.

Front Elevations

Lakaran dari hadapan set menunjukkan gambaran yang sekata dan merupakan lakaran tunggal. Biasanya skala ukuran yang digunakan adalah ½ inci bersamaan 1 kaki untuk menunjukkan semua ukuran yang tidak dapat dilihat dalam lakaran dari atas. Biasanya ia akan menjelaskan ke tinggian sesuatu binaan seperti tinggi pintu, jendela dan juga lokasi sesuatu benda seperti gambar, meja, almari dan sebagainya. Walaupun seorang pereka set itu pakar dalam membuat model set, mereka akan membuat banyak lakaran dari hadapan yang dikenali lakaran thumbnail dan model kerana apa yang muncul di hadapan akan memperkenalkan set yang sudah siap. Jika pereka ingin mengubah sebarang elemen, ia mudah untuk dipadam dan melukis kembali.

Detail Drawings

Dalam lakaran yang lengkap skala yang digunakan adalah ½ inci bersamaan 1 kaki yang digunakan dalam lakaran dari hadapan tetapi ia lebih sukar kerana mengunakan ukuran yang begitu teperinci dalam semua lukisan yang di buat berdasarkan pengiraan yang dibuat. Banyak pelakar dalam set tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kecuali membuat lukisan dari atas dan hadapan. Objek yang berbentuk tiga dimensi di ubah dan dilukis dalam bentuk dua dimensi.

Full Scale Drawings

Lakaran yang dibuat hanyalah lakaran yang kecil dalam set yang mempunyai ukuran yang penuh ataupun saiz. Jika rekaannya begitu rumit dan objeknya kecil, maka ia akan dibuat di atas banner atau dijadikan sekeping gambar sahaja ini kerana mudah untuk mengunakan ukuran dalam membuat lakaran.

Sight-line Drawings

Lakaran yang dibuat untuk menunjukkan lakaran dari tepi pentas. Lakaran ini dibuat untuk menampakan posisi set yang diletak ini kerana penonton tidak berada dihadapan sahaja kerana kedudukan penonton di tentukan oleh bentuk pentas yang digunakan.

Painter’s Elevations

Lakaran ini lebih kurang sama dengan lakaran hadapan bagi set tapi apa yang membezakannya ialah menggunakan warna dalam lakaran bagi menjelaskan warna untuk set yang akan dibuat. Melalui teknik ini akan menjelaskan lagi rupa set yang ingin dibuat. Ini kerana lakaran telah menjelaskan lebih lanjut mengenai warna yang ingin digunakan.

rujukan:J. Micheal Gillette, Theatrical Design and Production, An Introduction to Scene Design and Construction, Lighting, Sound, Costume, and Makeup. Fifth Edition.2004.

Cheongsam Merah Untuk Ying


kelahiran seorang wanita menjadi satu beban kepada seorang lelaki, apatah lagi kedudukan nasibnya ditentukan oleh takdir yang belum dihakikatkan. Demikianlah Ying seorang gadis berbangsa cina yang nasibnya diwarnai oleh ayah dan abangnya tanpa rela. Permainan takdir yang tidak difahami Ying telah menjurus kehidupannya kepada derita apabila abangnya sendiri melelong maruahnya untuk kepentingan diri sendiri melalui tipu daya sepasang Cheong Merah, maka bermulalah lakaran hitam kehidupannya. Takdir masih mengasihi Ying apabila dia diziarahi oleh cinta namun kegembiraan yang datang telah direnggut pergi dan yang tinggal hanyalah sepasang cheongsam sebagai pesanan dan bekalan penyesalan seumur hidup.

"jika cheongsam merah telah mengeji dirimu, cheongsam putih bercorak merah itu milikmu. Corak merah itu adalah hatiku yang bukan sekadar tempiasan nafsu. Dominannya putih itu kerana kesucian hatiku yang mahu menyunting sekumtum bunga"


sebuah karya Tasia Arlina Ismail

bebas



hory....hory...hory...(mood happy giler)
today aku nak kongsi kau orang kegembiraan aku...

first,
my tesis aku dah siap n tinggal hntar sudah
xpyah nak pening kepala sudah
rasa kepala dah kosong betol...hahahahh

second,
next week last aku praktikal at UMS
lepas nie enjoy2 la nampaknye
25/ 7/2011 aku bla dari UMS sudah...hahahahaha

ape ye? lupa sudah..
aku sambut Bday aku dgn Mak cik at KL
x sabarnya...hahahaha

and,
aku balik my kampung n bersama2 familyku
best siot,
p lepak2 at pantai dekat umah aku n masuk kebun...
tu yang lagi best...hahahah

xsabar menunggu saat mcm tu...wawawawawa...
so at kawan2 tu jumpa nanti k...(ade jodoh le?)
k tu je aku nk tulis ari nie...

happy siot....hory3...hihihi

Saturday, June 4, 2011

aku sendirian



tiada lagi teman
tiada gelak ketawa
tiada lagi rasa jiwa
tiada lagi segala-galanya.
hanya tinggal
serpihan nostalgia
memburu kerinduan
merintih luka baru
menyiksa jiwa.
aku sendirian
tanpa apa-apa
seperti bekas kaca
retak pada panggalnya.
maafkan aku
maafkan aku
aku bersalah padamu
menyakiti dirimu
andai kamu meminta untuk lepasmu
aku rela
penebus dosa-dosamu.

tapi aku masih menyintai seperti dulu
pertama kaliku mengenali dirimu.

Friday, June 3, 2011

tukang jebak

jebak usang
tergantung di anjungan teratak
rezeki empunya ia
menjebak sedikit rezeki
dari perangkapnya
demi anak dibuaian senja.

tukang jebak tak alpa
jebak masih sama dengan tuannya
sabar menanti mangsa
habuan muncul mengena
tapi burung mudah lupa pada jebak
usang tapi berjasa.

tekukur dengan liar terbang
bebas tanpa berkawan
mengadu lunak suara
teperangkap pada sangkar jebaknya.
itulah sifat seekor binatang tak berbeza pada manusia.

Thursday, June 2, 2011

xde ape nak ditulis...

xde nk di tulis
mood untuk menulis langsung xde
kepala nie dah penat nmpaknya
bnyak berfikir pasal bnyak perkara.
buat ni xkene
buat tu salah
semua tak menjadi.
kenapalah jadi mcm nie
what wrong ah?
pening-pening
bnyak pikir
pikir-pikir and pikir
sampai aku xleh nak pikir.
geramnya
salah ke
xbtol ke
nak mengungkit ke
nak berkira sngt ke
stop la
tak tahan sudah kepala aku
mcm nak kasi potong je simpan kt peti ais sekejap
aku nak tenang.