Monday, July 11, 2011

cinta si pantai pada si ombak


cinta tak gagah tanpa derita,
kemiskin mendahagakan rasa itu,
rasa yang wujud pada semua maklukNya,
tinggi rendah miskin kaya lemah kuat
semua ingin merasa nikmatnya cinta.
cinta sang pantai pada ombak,
sang pantai tak pernah lari
walau ombak setia memukulnya.
buih ombak pasang
sudah cukup untuk membalas cinta
walaupun ombak tak pernah menyinggah lama padanya
buih-buih kecil mengubat perasaannya.

Sunday, July 10, 2011

raba-raba

pegang-pegang,
raba-raba tersentuh ia,
terus meraba menuju ke tempatnya.
stop...
sesat dalam sesak,
tanya tuan di mana ya,
saya ni tahu meraba saja,
nak melihat segan tak nampak.
terima kasih tuan,
jalan lurus belok ke tengah ya,
lepas jumpalah dia.
beritahu saja namanya,
semua orang biasa mendengar,
nama mat batang kelapa.
maklumlah tubuhnya lurus dan kurus,
letak kt pokok kelapa tiada beza.
tapi jangan lupa bila ketemu,
tanya itukah dia,
takut-takut pelanduk tiga serupa.
terima kasih sekali lagi.
kasih di terima.

Friday, July 8, 2011

BERSIH...

BERSIH
bersih jiwa
bersih hati
bersih hawa nafsu
bersih otak
bersih dari segala dosa-dosa.

bersih bukan dari luaran tapi dalam
dalam luar semua bersih
bersih tak perlu putih
putih tak bermakna bersih
macam pakaian bersih
bersih tak perlu baru
baru dibersih itu yang perlu.

jangan sampai yang bersih dikasi bersih.

Sunday, July 3, 2011

masam manis sebuah memori


mengingatkan aku pada zaman kanak-kanakku,
detik indah bersama kawan-kawan,
warna pada isinya melambang kebersihan jiwa ini,
susun ulas yang kemas tanda ikatan kami.
bagiku kami semua sama,
anak-anak desa yang terbiasa dengan alamnya,
buah ini mengisi kekosongan perut kami,
dahannya menyimpul segala kenangan ini.
bagi kami tiada batas yang mebenteng,
buah getah, guli, tali air,
tempat membesar kami dan mendekatkn kami pada alam.
ketenangan jiwa diragut ombak usia,
semua telah berubah dan kami berhaluan sendiri,
mencari kekosongan ruang untuk di isi,
menconggak masa depan di kemudian hari.
dimanakah teman-teman ini?
masih mereka ingat pada aku ini,
ataupun satu igauan mimpi zaman kecilku ini.

Friday, July 1, 2011

monolog jiwa

babak 1

(lampu pentas disorotkan ke tengah pentas)

Robert:(monolog)...nama aku robert. Robert seorang bekas seorang baduan. aku dipenjarakan sebelum ini kerana tuduhan merompak seorang jutawan. selama 25 tahun aku meringkuk dalam penjara. dunia aku telah dipisahkan dengan sebuah tembok batu yang tak berjendela. semua tertutup rapi dan fikiran aku juga tertutup dan terkurung. tapi pernah kamu semua merasa keadaan itu? tidak bukan. pada pendapat aku penjara lebih baik dari dunia sekarang. tempat yang paling tenang di dunia ini. tiada kesibukkan, tiada gangguan, tiada kelaparan yang mendesak dan bebas dari pencemaran jiwa. dari tempat itu, banyak aku pelajari menjadi seorang manusia. aku sedar sebelum ini aku pernah menjadi seorang perompak. ya... memang aku bersalah? tapi bersalahkah aku berbuat demikian kerana ingin membantu anak-anak jalan yang memerlukan sedikit kesenangan. kita terlalu angkuh dengan kesenangan sekarang. bagi kita yang melihat anak-anak itu adalah kotor. jika boleh kita mahu asingkan mereka dari dunia ini. begitu sekali anggapan kita terhadap mereka. apa yang membezakan kita dengan mereka. kerana kemampuan kita di dunia ini tapi kita perlu ingat bahawa mereka punya hak terhadap dunia ini. kita berkongsi ruang dan udara yang sama.

(lampu pentas digelapkan)

babak 2

(lampu pentas disorot ke kiri pentas)

Jhon: jhon...jhon...jhon. seorang budak jalan yang tidak punyai jalan hidup yang jelas. Ya itulah diri aku (ketawa). Satu perkara yang ingin aku kongsi dengan kamu semua. Satu rasa yang sama yang ada dalam diri kamu semua. Rasa yang terpendam dalam diri seorang anak jalanan. Aku kecewa dengan dunia ini. Aku rasakan tiada lagi erti sebuah keadil yang dilaungkan oleh orang sebelum ini. Inikah yang kamu semuakan sebuah keadil. Memandang serong terhadap orang seperti kami. Kononnya kami ini golongan yang tidak punya masa depan. Ya, aku akui semua itu. Tapi pernah kamu semua fikir kenapa kami semua jadi sebegini? pernahkan. (ketawa)...kenapa kamu semua diam. Adakah kamu semua sudah dibisukan dengan sifat poketisme kamu itu. Kamu penuhkan hidup kamu dengan duniawi wahal kamu telah membelakangi saudara sendiri. Kamulah golongan yang paling jijik dari kami. Kamu yang membuat kami meminta-minta. Kamu semua harus bertanggungjawab keatas semua ini. kamu...kamu...kamu...

(lampu dipadamkan)

babak 3

(lampu disorotkan ke kanan pentas)

William:(bertelefon) hello. Ya...ya...tuan jangan risau semua urusan telah diselesaikan. Duit punya pasal semua boleh jadi senang. Ok.(mematikan telefon). Duit oh duit. hidup kerana duit. Siapa tak nak duit. dengan duit semua jadi senang. (ketawa)...kamu ada masalah dengan kehidupan jumpa saja aku. orang panggil aku tuan William seorang jutawan muda. Kerja aku adalah menguruskan tender projek syarikat jutawan. Cakap pasal duit buat aku resah dan gelisah. Kamu semua perlu duit tak? siapa tak nak duit tandanya nak MAPUS. aku tak kisah orang nak kata aku mata duitan ke, yang penting aku senang. kamu semua bagitau aku apa benda dalam dunia ni yang percuma. nak kencing kat jaban rumah aku sendiri pun kena bayar. kamu semua tak percaya? kenapa pelikkan. habis bil air bil api siapa nak bayar, ke jaban kat rumah tak ada air. logikkan. ini dikatakan dunia. siapa tak ada duit alamatnya jadi kuli sampai ke mati la.

(lampu dimatikan)

babak 4

(lampu watak robert dan jhon dinyalakan)


Robert :manusia,

Jhon: kamu selalu lupa,

Robert:kamu lupa pada tuhan kamu,

Jhon: pada tanggungjawab kamu,

Robert:agama kamu,

Jhon: umat kamu,

Robert: negara kamu,

Jhon: bangsa kamu,

Robert: masyarakat kamu,

Jhon: keluarga kamu,

Robert: saudara kamu.

Jhon: kamu ikut saja nafsu kamu,

Robert: kamu hina tuhan kamu,

Jhon: kamu zalimi umat kamu,

Robert: kamu keji negara kamu,

Jhon: kamu biarkan segala terjadi pada hayat kamu.

Robert: kamu adalah raja pendusta,

Jhon: pendusta yang begitu nyata,

Robert & Jhon:kau adalah hamba berdosa dan tidak berguna.

(lampu dipadamkan)

babak 5