Saturday, April 30, 2011

pukul 5 pagi...

jam dah pukul 5 pagi
mata nie tak pandai nak pejam lagi
guling sana guling sini
alamak tak ngatok lagi ke nie.

jam dah pukul 5 pagi
buka laptop menaip lagi
taip dan taip sampai pagi
jap lagi nak keluar lagi
alamak pening la kepala nie.

jam dah pukul 5 pagi
nak tdow sekejap pun jadi
tapi kenapa la mata nie tak henti
dari duduk terbuka lagi
nak pejam pun jauh sekali.

jam dah pukul 5 pagi
tolonglah bantu aku ini
dodoikan dengan lagu pagi
biar sampai pejam mata nie sekali
dapat la aku rehat diri.

pukul 5 pagi...

Thursday, April 28, 2011

keringat senja

senja
riuh ungas
anak-anak
pulang ke sarang
akhir siang
tiba malamnya.
pak tua
setia pada tanah
membanting tulang empat kerat
tetes keringat bersatu dengan tanah
basah
dan kering pada akhirnya.
pulang anaknya
menjadi ubat senyum tawa
tertiup semangat terus berjasa
walau keringat senja.

Tuesday, April 26, 2011

umang digigi pantai

merangkak sendirian
memikul cengkerang orang
menumpang teduh seketika
berlindung gelombang ombak
mencari sisa bangkai
meneruskan saat sebelum mati.

Monday, April 25, 2011

bila kasih dipuncak kata


bila insan mengasihi
dan dikasihi
semua jadi indah
nyata jadi ilusi
ilusi jadi nyata.
tiada yang buruk
semua indah
seindah kata pujangga tua
memuja dan angkat darjatnya
setinggi bintang di awan nun jauh.
bila kasih dipuncak kata
tiada apa yang mustahil
semua jadi nyata
laut kering jadi merah
gunung tinggi jadi rata
jelek kasi loya tekak haus.
air arak jadi halal kerana kasih
hawa nafsu bersatu
menindak pada tuhan.

Sunday, April 24, 2011

cerita kanak2

(xde kaitan dgn sesiapa ye)...baca ikut emosi yang telah ditetapkan.

(muka macam nk melepas).....ade kisah seorang bdak nie. hobi dia main game je. bleh katakan hidup mati sama game. nk jadikan cerita pada suatu hari nie bdak p la kedai game. buka pintu n masuk. masuk je dalam kedai tu, ade la seorang akak nie p tanye dia.

(bangun tidow)-kakak: nak beli ape dik?
(baru kene kejar tikus)-bdak: saya nak beli game.
(gaya artis)-kakak: nak beli game ape, biasa ke panas?
(muke slumber katak)-bdak: game yang hot.
(muka yakin)-kakak: o...game hot. adik tunggu sekejap ye.
(marah)-bdak: ok.

(ketawa)...akak tadi masuk ke dalam sebuah bilik. bdak tu pun tunggu n tunggu. xlama kemudian akak tu pun membawa sesuatu dalam plastiknye.(ape dia buat ye).

(seperti biasa moodnye)
kakak: nie dia game adik mintak.
bdak: terima kasih. berape kak?
kakak: free je. akak bagi blanje.
bdak: terima kasih kak. sya blik dulu ye.
kakak: sama2.

(happy)....sampai je bdak tu kt umah dia pun buka la itu bungkusan. terkejut bdak tu. ape ke tidaknye tgok game ade air panas. bikin hot betol kakak nie.

P/s: cerita nie sebagai latihan senaman untuk muka saje bukan untuk tangan dan kaki.selamat mencuba.

KL punye show DEKON




nie plak cite time d KL. meriah la jgak. sampai d KL kami dah kene naik lori. boleh kate macam kerbau nak kene jual. tapi kami betul2 enjoy masa nie. time nie la kami susah senang bersama. ape ke tidaknye. masa nie la nk bleh tgok perangai kawan2 yang happy. maklum dapat buat show kt KL lg 2. dapat jumpa dgn artis teater sekitar KL. kongsi2 pengalaman buat show. punye la best. Masa tu ade peminat teater dari singapore nk turun tgok show kami, semangat betol uncle nie...macam xcaye kami masa tu. tapi next time mungkin kami target satu malaysia.(mcm best je idea tu). ape2 pun aku happy sgt pada masa tu.;>

show DEKON at Singapore







ini kisah mamat2 sabah di kota singa...jalan2 cari pengalaman. macam best tapi memenatkan. mana x penat lau kene angkat barang dari sabah ke Singapore...jauh tu. tapi yang bestnye akhirnya kami sampai jgak kt sana, siap buat persembahan lagi. ape yang kelakarnya, buat show kt sana, penonton kami ialah kanak2...ade ke patut dia boleh gelak time orang lain menangis...kelakar2. tapi ape yang penting kami diajar untuk menerima seadanya...lepas nk p kl lg...jom.

kolek dikala senja

pepasir dan pantai
rindu pada tubuhmu
sebati masin air laut
sarang teritip
pukat dan dayung.
kolek ini rindu padanya
kembali ke lautan
memukat rezeki
menjamah nelayan tua
menagih simpati
pada dasar bumi.
hanya tinggal tubuh
pasir
cengkerang ketam
pada pinggirnya.

masalah o masalah

masalah
masalah
banyak betul masalah
main facebook masalah
tak buka facebook masalah
tidur masalah
makan masalah
takde masalah jadi masalah
susah sangat ke masalah
sampai aku sendiri ada masalah.
adakah aku ini yang bermasalah
atau orang lain yang cari masalah
sengaja nak buat aku malas
dan panas.

Friday, April 22, 2011

Si Fakir

i
wah mewahnya
jika dapat ku miliki semuanya
akulah orang paling bergaya
pakaian ratusan harganya
semua wanita kota tertanya
siapakah gerangannya.

ii
wah hinanya
jika dapat ku miliki semuanya
akulah orang paling rugi
memakai seluar kecil mahal harganya
tapi tetap sama fungsinya
menutup apa yang berharga.

i
aku mahu punyai gedung sendiri
boleh aku menukar gilir pakaianku tiap hari
supaya manusia sentiasa pandang kepadaku
memujaku seperti seorang tuhan pakaian agong
mereka gelarku hamba syaitan.

ii
aku mahu punyai sehelai baju bersih
walaupun sama tapi wangi baunya
bau yang keluar dari jendela syurgaMu
biar aku menjadi hamba kepadaMu
sampai aku temui neraka dan syurgaMu
kerana aku tidak masuk nerakaMu
dan aku tidak Layak lagi masuk syurgaMu.

i
oh Tuhan
aku leka dengan kemewahan.

ii
oh Tuhan
lindungi aku dari pakaian nerakaMu.

hidup jasad ini

kata hatiku berdetik lagi
mungkin hidup jasad ini kembali
selama ini mati terkubur dan tersungkur
dijalanan malam.
aku mesti teruskannya
walaupun sesaat lagi
jika ini umurku
aku relakan
jika ini hakikatnya
aku redha
jika ini takdirnya
aku percaya
jika ini arahan yang Esa
aku patuhi
dan jika ini masanya
aku tepati.
aku tetap menunggu saat itu
sampai aku temui.

Thursday, April 21, 2011

takdir

takdir
kau telah ditetapkan
aku tidak bisa merobahnya
kau setia pada tuanmu
aku sentiasa melawanmu
coba untuk mengubah ketetapan itu.
aku tak berdaya
aku tak kuasa.
kakadang aku bersololuki sendiri
apakah aku punya hak
atau aku ini hanya hamba kepadaNya
menurut apa telah ditetapkan.
kenapa kita perlu merobahnya
buruk atau baik adalah takdirNya
mana mungkin yang baik itu ada
tanpa yang buruk?
mana mungkin air jernih tanpa yang keruh.
mana mungkin tanpa kesilapan aku
boleh hidup.
setiap makluknya aku berbuat silap dan
selepas itu diperbetulkan.
siapa kita untuk mengubah takdirNya?
mana ada yang baik tanpa yang jahat

aku tak kuasa

tuhan
engkau yang Esa
tiada dua atau tiga
engkau yang satu.
tiada daya upaya untuk menindakkan
kau yang menguasaiku
hidupku hanya ilusi
yang hanya wujud hanya engkau.
aku insan yang lemah dan hina
bawalah aku pulang
aku telah buta pada akal dan hawa nafsu
aku patuhi kehendak itu
aku butakan mata hatiku
aku biarkan hawa nafsuku berbicara
aku kunci kata hatiku.
aku lupa padamu
aku ingkari perintahmu
aku sungguh hina disisimu
setiap kali kau datang kepadaku
aku jauhi kamu.
aku terlalu takut padamu.
bagilah aku daya upayamu
agar aku bisa mengenalimu.

Tuesday, April 19, 2011

Aku tertawa sendiri

aku tertawa sendiri
memikirkan nasib ini
adakah akan sama seperti semalam
atau berbeza pada kemudiannya.
aku tertawa sendiri
melihat pada cermin ilusi
adakah aku ini begini
atau berupa seperti ini.
aku tertawa sendiri
adakah aku menipu orang lain
atau aku menipu diriku ini.
aku tertawa sendiri
mendengar kawan berbisik
adakah aku ini mendengar
atau memekakkan telinga.
aku ketawa sendiri
mencium bau wangi
adakah aku terlalu lali
ataupun sudah pening.
aku tertawa sendiri
bila aku tak pasti
adakah aku ragu
atau sudah ditipu.
aku terus ketawa
ketawa dan terus ketawa
sampai aku leka
aku telah membuat ketawa itu
bertukar menjadi satu kesedihan.

Monday, April 18, 2011

gagak tak segah merak

sepanjang dinar hari aku sendiri
mengira congak saat pagi
adakah aku tetap menanti
atau biar saja IA pergi
dan aku membawa diri.
berjalan tak henti
sampai kaki aku
keras tak bernadi
biar tempang mengheret saki baki
dan pulang ke asal
aku kemari.
andai hakiki hidup ini itu
aku rela dan merelakan
biarkan gagak terus kegelapan
memungut sisa bangkai
merak terus mengembangkan ekornya.




melayu...?

melayu,
gahkah kemelayuan itu?
agungkah kemelayuan itu?
manakah kemelayuan itu?
atau manis dibibir saja.
melayu,
takut berjaya
takut kaya
takut gemilang
takut berkuasa
melayu penakut.
melayu,
suka berdusta
suka mengeji
suka lena
suka mimpi
tapi tak suka kena maki.
melayu,
melayu
melayu
melayu
melayu
melayu
jangan terus layu
jadi kayu
jadi kutu
jadi batu
tapi
jadi bangsa melayu
maju
bermutu
bersatu.

?????????

lirik wajah,

lengok tubuh,

alun suara,

belaian manja,

buatku ketawa,

buatku tergoda,

tersiksa merana.

itukah dinamakan dunia,

wajah,

gaya,

tempo,

buatku terlena.

haru biru jiwa,

terkocak dek lamunan asmara.

dunia,

dunia,

oh dunia.

kemboja oh kemboja

komboja oh kemboja,

kembang segar di pagi buta,

menarik serangga yang memandang,

datang bertandang menumpang madu,

sungguh manis rasanya.

kemboja oh kemboja,

kelompak mu cantik menawa,

penyeri si gadis sunti,

hiasan pada mahkota.

kemboja oh kemboja,

kumtum mu gugur pada senjanya,

bersemadi pada bumi,

dan lusa kering tak bermaya.

kemboja oh kemboja,

kumtum bunga kering,

jadi sisa dan binasa akhirnya.

kemboja oh kemboja.

ciptaan-Nya

kata orang wajahnya cantik,

siapa memandang akan tetarik,

lirik matanya,

layanan seyumannya,

membuat orang jatuh cinta padanya.

rauk wajah serinya,

lembut tutur bicaranya,

rasa lembut berbisik dicuping telinga,

semua kaku sedetik nafas,

menahan ciuman wangi tubuhnya.

indahnya ciptaan-Nya.

Antara tangan ,chopsticks dan babi

tangan;aku bersih

aku tak pegang babi

chopsticks pegang babi

aku tak salah

salah chopstick pegang babi.

aku tak buat dosa

chopsticks yang dosa

dia yang sentuh babi.

chopsticks; aku tak salah

tangan yang pegang aku

dia yang gerak aku

untuk pegang babi.

tangan paksa aku

jadi aku kena salah.

salahkah aku pegang babi?

babi;kenapa aku yang kena maki

teruk sangatkah aku ni

sampai orang keji aku sampai mati

apa nak jadi dengan nasib babi.

kalau orang makan babi

apa maksudnya?

orang itu lebih teruk dari babi

pakai tangan lagi nak gigit daging babi.

tangan; aku tak kisah

siapa makan babi

janji tangan ni boleh pegang duit

tak kiralah aku kena pegang tahi babi

asal aku kaya dan tak rugi.

chopsticks; nasib baik aku pegang daging babi

bukan macam tangan

semua benda dia pegang

janji dia hidup senang lenang

lepas itu kata aku yang salah pegang babi

kerana hukumnya haram.

babi; kenapa tangan dan chopsticks suka salah faham

siapa yang pegang aku sama saja

masing-masing ada kepentingan

babi besar babi kecil

sama saja

orang akan tetap pandang aku seekor babi.