Friday, April 22, 2011

Si Fakir

i
wah mewahnya
jika dapat ku miliki semuanya
akulah orang paling bergaya
pakaian ratusan harganya
semua wanita kota tertanya
siapakah gerangannya.

ii
wah hinanya
jika dapat ku miliki semuanya
akulah orang paling rugi
memakai seluar kecil mahal harganya
tapi tetap sama fungsinya
menutup apa yang berharga.

i
aku mahu punyai gedung sendiri
boleh aku menukar gilir pakaianku tiap hari
supaya manusia sentiasa pandang kepadaku
memujaku seperti seorang tuhan pakaian agong
mereka gelarku hamba syaitan.

ii
aku mahu punyai sehelai baju bersih
walaupun sama tapi wangi baunya
bau yang keluar dari jendela syurgaMu
biar aku menjadi hamba kepadaMu
sampai aku temui neraka dan syurgaMu
kerana aku tidak masuk nerakaMu
dan aku tidak Layak lagi masuk syurgaMu.

i
oh Tuhan
aku leka dengan kemewahan.

ii
oh Tuhan
lindungi aku dari pakaian nerakaMu.

No comments:

Post a Comment