Monday, June 6, 2011

Jenis Lakaran Pentas Dalam Sebuah Teater

Designer’s Plan

Lakaran berwarna atau model yang dikeluarkan mungkin indah dan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai set yang dirancang namun demikian pengarah teknikal memerlukan maklumat yang lengkap untuk membina set. Maklumat yang terkandung ini yang dilakar mestilah lengkap dan memberi pengukuran yang tepat beserta kompenen-kompenennya. Perancangan ini dibuat berdasarkan beberapa aspek kerja lakaran.

Ground Plan

Lakaran dari atas adalah kunci dalam lakaran dan menjadi perkara asas kepada pereka set. Lakaran dari atas akan menjelaskan keseluruhan kedudukan semua set yang digunakan dan setiap kedudukannya diperincikan. Ia jelas ditunjukkan dalamlakaran set dan menghubungkan reka bentuk dalam teater. Lokasi dan ukuran yang diberi akan mengambarkan kedudukan set, kawasan pentas dan pesekitaran, arah keluar masuk, tingkap, dan sebagainya.selain itu, kedudukan dan ukuran termasuk belakang pentas,hadapan pentas, kiri kanan entas dan kawasan tengah pentas.

Kebanyakkan kerja yang dibuat oleh produksi bergantung kepada maklumat yang terdapat pada lakaran dari atas itu. Semasa rheasal, pengarah atau pengurus pentas akan merujuk kepada lakaran tersebut, meletakan penanda atau garisan. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada pelakon untuk bergerak semasa rheasal dan mengentahui kedudukan yang sebenar tanpa menggunakan set. Selain itu, lakaran ini amat penting kepada penata cahaya untuk membuat plot lighting. Ini kerana lakaran telah menjelaskan kedudukan set dan piñata cahaya akan mengetahui bentuk pengcahayaan yang akan digunakan berdasar set itu.

Front Elevations

Lakaran dari hadapan set menunjukkan gambaran yang sekata dan merupakan lakaran tunggal. Biasanya skala ukuran yang digunakan adalah ½ inci bersamaan 1 kaki untuk menunjukkan semua ukuran yang tidak dapat dilihat dalam lakaran dari atas. Biasanya ia akan menjelaskan ke tinggian sesuatu binaan seperti tinggi pintu, jendela dan juga lokasi sesuatu benda seperti gambar, meja, almari dan sebagainya. Walaupun seorang pereka set itu pakar dalam membuat model set, mereka akan membuat banyak lakaran dari hadapan yang dikenali lakaran thumbnail dan model kerana apa yang muncul di hadapan akan memperkenalkan set yang sudah siap. Jika pereka ingin mengubah sebarang elemen, ia mudah untuk dipadam dan melukis kembali.

Detail Drawings

Dalam lakaran yang lengkap skala yang digunakan adalah ½ inci bersamaan 1 kaki yang digunakan dalam lakaran dari hadapan tetapi ia lebih sukar kerana mengunakan ukuran yang begitu teperinci dalam semua lukisan yang di buat berdasarkan pengiraan yang dibuat. Banyak pelakar dalam set tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kecuali membuat lukisan dari atas dan hadapan. Objek yang berbentuk tiga dimensi di ubah dan dilukis dalam bentuk dua dimensi.

Full Scale Drawings

Lakaran yang dibuat hanyalah lakaran yang kecil dalam set yang mempunyai ukuran yang penuh ataupun saiz. Jika rekaannya begitu rumit dan objeknya kecil, maka ia akan dibuat di atas banner atau dijadikan sekeping gambar sahaja ini kerana mudah untuk mengunakan ukuran dalam membuat lakaran.

Sight-line Drawings

Lakaran yang dibuat untuk menunjukkan lakaran dari tepi pentas. Lakaran ini dibuat untuk menampakan posisi set yang diletak ini kerana penonton tidak berada dihadapan sahaja kerana kedudukan penonton di tentukan oleh bentuk pentas yang digunakan.

Painter’s Elevations

Lakaran ini lebih kurang sama dengan lakaran hadapan bagi set tapi apa yang membezakannya ialah menggunakan warna dalam lakaran bagi menjelaskan warna untuk set yang akan dibuat. Melalui teknik ini akan menjelaskan lagi rupa set yang ingin dibuat. Ini kerana lakaran telah menjelaskan lebih lanjut mengenai warna yang ingin digunakan.

rujukan:J. Micheal Gillette, Theatrical Design and Production, An Introduction to Scene Design and Construction, Lighting, Sound, Costume, and Makeup. Fifth Edition.2004.

No comments:

Post a Comment