Sunday, August 30, 2009

cInTa YaNg SuKaR

cinta,
sucikah ia,
murnikah ia,
indahkah ia,
seperti cinta insan kepada sang pencipta,
yang punya hak keatas segalanya.

cinta,
adakah satu perkataan,
adakah satu ucapan,
atau
rasa jiwa manusia,
yang penuh khayalan
dan dusta.

cinta,
lahir dari mata,
lahir dari hati,
lahir dari rasa,
atau lahir dari insan kedua,
yang memberikan harapan kepada kita.

cinta,
kalimah yang tiada satu tafsirnya,
dan tiada penghujungnya,
yang mungkin beribu makna,
makna yang sukar untuk kita jangka
dan kita rasa.

1 comment:

  1. cinta ada 3 iaitu cinta pada pencipta, cinta sesama manusia dan cinta pada diri sendiri.
    pilihlah cinta yang betul2 kekal dan abadi yang membawa kita kealam bahagia selama-lamanya.

    ReplyDelete