Sunday, August 30, 2009

MaNuSiA mErDeKa....

merdeka.
merdeka.
merdeka.
jerit si remaja,
fahamkah dia,
ertinya pada merdeka.
atau
sekadar laungan semata-mata,
atau
untuk meraikannya
atau
sebagai tanda kepada kita.

merdeka.
merdeka.
merdeka.
tahukah kita apa ertinya,
atau
bebas dari konkongan barat,
atau
bebas berpesta,
atau
mengibarkan bendera kebanggaan kita.


merdeka.
merdeka.
merdeka.
apa yang kita buat,
berjuang dan berperang,
menentang sang penjajah keparat,
atau
kita hanya
meraikannya sebagai satu perayaan,
pada tanggalnya,
berhibur,
atau
mabuk,
atau
berjudi,
atau
bercuti,
menikmati kemenangan insan terdahulu.

fikirlah wahai manusia,
jangan kau alpa dengan kata merdeka,
kamu tidak akan kekal merdeka
jika kau asyik meraikannya.
pandanglah pada sejarah lama,
kerana yang lama,
wujudnya kita.

pertahan,
hargailah,
dan
ingatlah apa itu erti
sebenar merdeka.
merdeka
merdeka
merdeka.....

1 comment:

  1. merdeka bagi konteks orang yang betul-betul merdeka ialah kemerdekaan minda,jiwa dan rasa. apalah gunanya jika kita hanya melaungkan merdeka tetapi dari dalaman kita masih terjajah dengan ideologi penjajah yang merosakkan anak bangsa kita melalui hiburan yang tidak henti sehinggakan anak bangsa kita hanyut dengan arus modenisasi dan globalisasi masa kini yang tiada berpenghujung

    ReplyDelete