Sunday, May 1, 2011

satu pencarian

KISAH 1


aku...dan aku kadang2 bersoliloki sendiri, apa yang aku cari? atau aku yang gagal dalam pencarian itu. Mungkin terlepas dari memandangnya atau ia tersembunyi. Kenapa perlu semua ini? perlukah aku perlu berdusta pada orang lain atau pada diri aku sendiri kononnya aku telah menemuinya. hakikatnya aku hampir atau telah gagal. Aku tak pernah menafikannya sebagai satu pecarian hampir separuh hidupku. Tapi adakah ia memenuhi rasa hati ini atau membalas dendam kesumat yang masih bernanah. Perlukah aku menerima hakikat ini seadanya atau meneruskan pencarian ini. Mungkin ada yang cuba untuk memahaminya tapi bagi aku pemahaman orang lain tidak lebih dari sekadar pemahaman. Biarlah ia menjadi satu tugu peringatan buat diri yang bergelar "aku". Biar aku cuba untuk memahami dan merasainya buat berjuta kalinya. aku mahu merasakannya dan mungkin dengan cara ini aku lebih teliti dalam pencarian ini.



KISAH 2



Aku meneruskan pencarian ini. Mencari dan mencari tanpa berputus keringat ini. satu ketika aku hampir menemuinya. Perkataan "hampir" telah tidak membenarkan aku untuk menemuinya. sebelum ini aku tidak pernah merasa teruja untuk mencarinya tapi kerana sesuatu telah meniupkan api ego dalam diri ini. Aku mula mencari dari satu daerah sucinya namun aku buntu menemuinya. Kebuntuan itu menjadi aku lebih berani untuk mencarinya. Ya, aku telah menemui daerah suci itu. Aku rasakan diri aku ini paling bertuah dari segala-galanya. Bagi aku, daerah suci ini akan sebati dalam hidup aku. Tapi daerah ini telah memberikan satu kesan yang mendalam pada diri aku. Kedalamannya tidak bisa dilitupi dengan tujuh daratan tanah dan tidak akan bah dengan tujuh lautan dalam. Tapi aku cuba menutup kesannya dengan selebar senyum mesra. Aku cuba mencari hidup yang dikatakan orang "kepura-puraan". Bagi aku itu lebih mulia bagi seorang manusia seperti aku. Biar orang memandangnya jelek dan enteng yang penting semua orang puas dan dia.



KISAH 3



Hampir separuh usia muda aku di habiskan untuk mencari sesuatu itu. Bertapa sukar bagi untuk mencari. Apa yang sebenarnya yang aku cari? persoalan ini kembali muncul buat kedua kalinya. Mungkin persoalan bodoh yang muncul dari hati kecil aku. Tapi persoalan itu benar-benar menguji diri aku ini. Aku masih keliru dengan soalan itu dan kadang-kadang ia menguji kesabaran untuk meneruskan pencarian ini. Aku cuba memberikan jawapan pada persoalan tadi dengan berkata "aku mencari sebuah CINTA". Cinta, apa yang gah pada cinta? siapa aku untuk berbicara pasal cinta. Pernah aku tanya pada diri aku ini, adakah aku ini wujud atau hanya satu bayangan ilusi. Kalau aku wujud, mana aku. Kalau aku gah mana kegahannya. Inilah persoalan hidup yang perlu aku jawab. Siapa aku dan untuk apa cinta. Aku mula buntu mencari mencari dua jawapan untuk persoalan ini. Apakah jawapan untuk diri yang bernama aku ini?



KISAH 4



Bayangan jawapan mula aku temui. Namun aku masih ragui dengan bayangan itu. Adakah ia kepada jawapan untuk segala-galanya. Aku cuba mengambil masa untuk berfikir sejenak. Kata orang berfikir menggunakan akal lebih baik jika diletakkan dengan fakta yang kuat. Tapi bila hati kita berkata ia lebih tepat dari akal kita yang cergas. Bagi meletakkan bayangan itu diantara dua garis lebih baik dari menerimanya. Garis mula dan akhir bagi seorang manusia. Sesudah berakhirnya garisan itu maka baru tahu apakah jawapannya yang sebenar. Itulah yang cuba dikatakan oleh hati kecil aku ini. "faham dan memahami" dua perkataan yang berbeza. Adakah aku faham atau perlu memahami. Tiba-tiba kemunculan sesuatu cuba mengubah cara aku untuk membuat keputusan. Mungkin kehadirannya adalah satu utusan yang Esa kepada aku. Aku menerima seada-adanya tanpa aku kenal siapa dia. Siapa dia? siapa?



KISAH 5



Siapa dia? aku fikir dan fikir. Aku tidak pasti. Begini ceritanya:


awaklah orangnya-katanya

maksud awak saya-aku

awaklah-katanya

saya-aku

ok-katanya

ok-aku

jadi siapa orang itu.


Hari ni aku cerita kelakar pasal aku dan dia. Apa yang kelakar sangat tu?. Nak jadikan cerita, masa pagi masih. Aku masih segar lagi dalam kain selimut wangi aku. Ape yang bising ni. Aku tengok telefon aku kat sebelah tempat aku tidur ni. Siapa yang menggu pagi2 ni. Aik dia, aku angkat telefon dan dia cakap dia kat depan UMS sekarang ni. Biar betul atau aku yang tenggah mimpi (agak-agak ape yang berlaku ye)...aku ingat ia main-main dengan aku. Sekali tengok betul la. Jumpa dia dengan muka yang serabai dengan belum mandi. Mata aku pun masih mamai lagi. Terkejut aku jumpe awek pagi2 mcm dalam movie hindustan. Malunye. gelak besar aku pagi tu...tapi best la. pengalaman aku knal si dia...kakakaka...aku happy sangat dapat masa tu...lepas tu kami layan msg tapi tak serius sangat. lepas tu ada kisah baru pasal kami.


KISAH 6


nie cerita baru pasal kami...Opss betol ke nie. betol kot. masa tu aku kat sabah masih. maklumlah masa tu aku nie tengah sakit jiwa pasal seorang budak nie. sengaja buat hal dengan aku ape lagi buat hal aku dengan hidup aku. nak dijadikan cerita kan2...aku keraplah mesej dengan dia kononnya cari ketenangan jiwa. hilang sikit sakit jiwa aku tu. lama2 dah kenal tu aku try la masuk line dengan dia. first2 terasa juga janggal juga tu. mana tidaknya, satu di utara satu di selatan. kenal pun dalam telefon. kalau cakap pasal jumpa tu jauh la sekali maklumlah ada jumpa pun dulu tak sampai 5 minit.(boleh kata berjumpa ke?). tapi ok la juga. beberapa lama lepas kami dapat jumpa juga tapi aku pun tak sangka. Apa yang telah berlaku sebenarnye?

KISAH 7

time tu aku balik kampung...balik raya masa tu. sebelum raya aku dapat satu mesej dari si dia. kata nak datang kat umah aku. biar betol dia nie. aku tunggu jela. skali tu aku dapat mesej dari dia lagi. dia kata kat kelantan sudah dia. mula-mula aku tak percaya, keesokkan dia cakap nak jumpa dan datang rumah. aku on je. sekali tengok ambik kau...betol dia datang. aku pun bawalah balik rumah aku. first tu segan la jugak, maklum la rumah aku nie tak besar sangat, tapi boleh tahanlah....hihihihihi. masa kat rumah aku, sempat lagi dia masak untuk aku. pertama kali dia masak untuk aku.bestnya. sampai aku nak makan pun malu-malu. (ade jugak rasa malu ye). sebelum dia balik sempat jugak kami pergi jalan-jalan kat bandar sana walaupun hujan masih renyai-renyai. romantik nampaknye. pergi shoping n makan-makan. huhuhuhhu...

KISAH 8

sory...lama x menulis maklum bizy skit..hihihihi...berbalik pada cite nie. keesokan pagi aku p la hantar dia naik bas nak balik campus...ade ke patut dia kejut aku dengan tarik hidung aku...tekejut aku pagi 2. lepas tu kami x jumpa dah...lama betol x jumpa dia maklumlah satu disini satu disana...jauh tu. tengah sibuk msg dgn si dia...aku tanya boleh ke kita serius...awal2 tu kurang skit...lama2 tu serius la jgak kami. nak jadikan cerita, masa aku kt sini aku nie selalu msg dgn kawan2 lama and baru...so aku igat dia xkisah sgt pasal tu...satu hari tu dia tanya aku pasal dgn aku msg...aku selambe katak je bgtau yang aku msg dgn kawan2... sekali dia cakap aku msg dgn popuan lain...memang aku msg dgn popuan tapi kawan2...perang kecil kami. nasib baiklah dia faham kemudiannya. aku hmpir kehilangannya...oh tidak. last2 aku pujuk and aku kasi terang elok2 baru dia faham and kami kembali mcm biasa...ihhhihi

KISAH 9

akan bersambung nanti...

2 comments:

  1. kau ni banyak bermadah la,straight to the point sudah..

    ReplyDelete
  2. biar la...ikuti perkembangan kisah satu pencarian ni...ok..

    ReplyDelete