Sunday, May 30, 2010

WASIAT WAK

wak hanya terbiar sendiri tanpa teman anak-anak. dirinya hanya keseorangan meninti usia yang semakin usang. kulit tua yang kendur menemani usia tuanya. anak-anak yang sudah dewasa membiarkan dia keseorangan. wak akur dengan alasan anak-anak yang kononnya punya tanggungjawab terhadap keluarga. di sebuah rumah usang wok dibiar hidup sendiri.

wak:teringat aku jamil dengan zaman dulu-dulu. masa tu anak aku masih kecil. aku rasa begitu bahagia pada waktu itu. tapi sekarang kebahagian itu telah pergi.

jamil: pergi ke mana wak?

wak: aku tak tahu ke mana ia pergi. aku tidak mahu mencari lagi.biarkan aku sendiri disini. aku tidak mahu mengganggu kebahagian mereka.

jamil: tapi wak kebahagian mereka adalah kebahagian wak jugak.

wak: aku rasa mereka lebih bahagia tanpa aku.

jamil: kenapa wak cakap macam tu?

wak: aku dah tua jamil. aku ni akan menyusahkan mereka saja. biarlah aku habiskan usia aku ini di teratak usang ini. aku tidak mahu merampas ke bahagiaan mereka itu.

jamil: saya kesian tengok hidup wak ni. tiada orang yang nak ambil berat pasal wak lagi. kalau wak sakit siapa yang susah?

wak: kau jangan risau pasal aku jamil. aku boleh jaga diri aku ni. kalau aku sakit pun biasalah sakit orang tua.

jamil: apa kata wak tinggal dengan saya saja. kesian pulak saya tengok wak ni.

wak: tak apa la mil. aku tahu kau ni iklas nak tolong aku, tapi aku tak nak menyusahkan kau pulak. selama ni kau banyak sangat tolong aku. aku tak tahu macam mana nak balas jasa kau sekeluarga.

jamil: wak. saya dah anggap wak ni macam bapak saya sendiri. saya tak mengharapkan balasan dari wak. saya iklas tolong wak ni.

wak: hanya tuhan saja yang mampu budi kamu itu.

jamil: insyaallah.

wak: mil kalau aku ada duit, aku nak buat rumah untuk anak-anak aku kat atas tanah ni. senang sikit aku mereka nak datang tengok aku. tidaklah aku kesunyian sangat tinggal disini.

jamil: (ketawa kecil)...wak,wak. mahu ke mereka semua nak duduk kat kampung begini?.

wak: entah la mil.

jamil: wak saya minta diri dululah. hari dah nak magrib ni.

wak: ye la.

wak termenung di jendela rumah usang sambil memandang mentari senja yang bakal berlabuh sebentar lagi. jauh di lubuk hatinya terpendam rindu yang kuat terhadap anak-anak. wak hanya menyimpan perasaan itu yang tak pernah diluahkannya.

ramlah: bang, kenapa termenung saja ni.

jamil: ramlah, abang kesian tengok dengan wak tu.

ramlah: kenapa pulak bang?

jamil: abang kesian dengan nasib wak tu. ada anak tapi macam tak ada anak. hidup keseorangan. makan minum tak terurus.

ramlah: apa kita buat bang. setakat tolong tengok tu bolehlah. kita nak tolong banyak-banyak pun tak boleh. kita pun taklah kaya sangat.makan pun cukup-cukup.

jamil: tapi abang hairanlah kenapa anak-anak wak tak ambil peduli pasal wak?

ramlah: mungkin mereka sibuk dengan kerja.

jamil: tak kan sibuk sangat sampai bapak sendiri tak boleh datang jeguk. mereka tak kesian ke dengan bapak mereka. bapak mereka dah tua. mereka ni memang tak megenang jasa betul la.

ramlah: tak elok abang cakap macam tu. esok-esok datanglah mereka melawat wak tu. abang tak payah risaulah.

jamil: harap-harap begitulah. takpe abang nak ke kebun sekejap nak pergi menebas semak di tepi parit tu. nanti jadi hutan pulak.

ramlah: ye la bang. nanti abang tolong ambil jantung pisang saya nak masak sikit. nanti boleh kita ajak wak makan sekali.

jamil: ye la. abang pergi dulu. asalamualaikum.

ramlah: waalaikumsalam.


pada suatu petang dirumah wak.

pak leman: jauh temenung wak. kau temenung pasal apa ni?

wak: (terkejut)....kau leman.tak ada apa-apa leman.

pak leman: kau jangan tipu akulah wak. apa yang kau temenungkan tu wak?

wak: aku teringatkan anak-anak aku leman.

pak leman: ooo...kau teringatkan anak kau. mereka tak balik menjenguk kau ke?

wak: susah aku nak cakap leman. "nak diluah mati mak tak diluah mati bapak".

pak leman:sabarlah wak. mungkin mereka sibuk dengan kerja kot. nanti balik mereka tu.

wak: harap-harap begitu la.

pak leman: kenapa kau sendiri tak pergi melawat mereka kalau dah rindu sangat.

wak: bukan aku tak mahu pergi melawat mereka tapi aku takut.

pak leman: kau takut apa wak?.

wak: aku takut mengganggu mereka saja nanti. nanti aku menyusahkan mereka pulak.

pak leman: kenapa pulak menyusahkan? kau bukan pergi rumah sesiapa pun. kau pergi rumah anak kau jugak.

wak: aku tahu itu tapi aku takut mereka kata aku ni datang nak mengemis pulak rumah mereka nanti.

pak leman: tak elok kau kata begitu. jangan kau layan sangat perasaan kau tu. takkan mereka nak buat macam tu kat kau.

wak: entahlah leman. betul jugak kata-kata kau tadi.

pak leman:wak aku mitak diri dululah. aku nak ke warung mamat sekejap.aku nak cari haji karim ada hal kami nak bincangkan.

wak: ye la.

sementara itu anak-anak wak yang lain telah berkumpul membincangkan pasal wak.

azman: abang jumpa kau semua hari ini ada benda abang nak bincangkan.

sakinah: abang nak bincang apa?

amir: mesti abang nak bincang pasal duit yang saya minta tempoh harikan. apa lagi abang nak bincang. saya cuma nak pimjam beberapa ribu je la.

azman: kau ni amir tak habis-habis dengan duit. abang jumpa kau orang ni sebab orang tua kat kampung tu.

sakinah: kenapa dengan bapak? dia sakit ke?

amir: ...ke dia nak bahagikan harta pusaka kat kita. bolehlah saya tambah modal perniagaan saya.

azman: bukan...bukan pasal harta la. itu je yang kau fikir.

amir: habis tu?

azman: abang ingat nak pulang ke kampung dan ambil bapak balik ke sini...

sakinah:...dan abang nak jaga ke bapak kat sini nanti.

azman: ini yang jadi masalah sekarang ni.

amir: apa yang masalahnya?

azman: abang tak dapat jaga ayah nanti. kau faham-fahamlah. kakak kau tak suka sangat jika bapak tinggal kat rumah tu.

sakinah: habis tu siapa yang nak jaga bapak kat sini nanti?

amir: adik tak sanggup jaga bapak. duit gaji adik bulan-bulan pun cukup makan je. abang suruh kak sakinah je yang jaga bapak tu.

sakinah: bang...sakinah tak nak jaga bapak. rumah sakinah kecil je. mana nak letak bapak nanti.

azman:kau orang ni banyak alasan kalau pasal jaga bapak.

amir: ala abang ni apa susah sangat ni. kita biarkan bapak duduk di kampung je. cukup bulan kita hantar la duit kat bapak. kita upahlah si jamil tu untuk tengok-tengokkan bapak di kampung.

sakinah: saya setuju bang dengan cadangan amir tu. lagi pun kalau ada cuti kita balik la kampung jeguk bapak.

azman: tapi...

sakinah: ...tapi apa lagi bang. tak payah fikir sangat pasal bapak tu. pandailah dia jaga diri di kampung tu. bapak bukan budak-budak lagi.

amir: betul kata kakak tu.saya sokong.

azman hanya terdiam dan terpaksa akur dengan pendapat dua lagi adiknya itu.

pada suatu petang yang lain jamil tengah berehat di kerusi rumahnya.tiba-tiba muncul wak di hadapan rumahnya dengan keadaan kelam kabut. wak meluru tepat kearah jamil seperti ingin menyampaikan sesuatu.

wak: jamil aku nak mintak tolong dengan kau sikit.

jamil: duduklah dulu wak. wak nak saya tolong apa?

wak:tak apalah.aku nak cepat ni. aku nak minta tolong kau tolong tengok-tengokkan rumah aku dua tiga hari.

jamil: wak nak pergi ke mana pulak?

wak: aku nak pergi rumah anak aku kat bandar tu.

jamil: wak nak pergi dengan siapa rumah mereka tu?

wak: aku pergi sendiri.

jamil: wak tahu ke rumah mereka? biar saya hantar wak ke rumah mereka.

wak:tak apalah jamil.aku tak nak menyusahkan kau. biar aku cari mereka. aku ada alamat rumah mereka tu. aku nak cepat ni.aku pergi dulu ya.

jamil: wak...wak...wak tunggu.

wak berlalu pergi meninggalkan jamil sendirian. muncul ramlah dari belakang dan membawa secawan air kopi.

ramlah: saya dengar abang bercakap tadi. abang cakap dengan siapa tadi?

jamil: abang cakap dengan wak.

ramlah: kenapa dengan wak pulak bang?

jamil: tadi dia datang mintak tolong jagakan rumahnya. katanya nak ke rumah anaknya di bandar.

ramlah:biar betul bang. hari dah petang ni. takkan waktu begini wak tu nak pergi ke bandar.

jamil: itulah yang wak baritahu abang tadi.

ramlah: risaulah ramlah bang. wak tu bukan sihat sangat pun. kalau apa-apa berlaku siapa yang akan bertanggungjawab nanti?

jamil:itu yang tengah fikir sekarang ni.

ramlah: bang pergilah cari wak tu. tolong hantar dia pergi umah anak dia.

jamil: baiklah. abang pergi sekarang.

pada keesokkan harinya anak-anak wak datang untuk melawat wak. kebetulan pada masa itu jamil teserempak dengan anak-anak wak yang berada dihadapan rumah wak dan memanggil-manggil nama wak.

azman: bapak...bapak...bapak.

jamil: azman apa kau buat di sini?

azman: aku datang nak melawat bapak aku ni. kau ada nampak bapak aku pergi mana?

jamil: bukan bapak kau pergi rumah kau.

azman: bapak aku pergi rumah aku. bila dia pergi rumah aku?

jamil: semalam dia pergi umah kau. dia tak beritahu kau ke?

azman: tak. kenapa dia pergi rumah aku?

jamil: aku tak tahu kenapa.

azman: tak mengapalah. terima kasih beritahu aku.

jamil: tak mengapa.

azman:aku minta diri dululah. aku takut bapak aku sampai rumah aku nanti tak ada orang pulak.

jamil:yela.

azman terus beredar dari situ dan terus pulang ke rumah. apabila sampai dirumah, tidak kelihatan pun tanda-tanda bapaknya datang kemari. dia mula berasa cemas. dia takut sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada bapaknya. dia bertanya kepada adik-adiknya yang lain tapi mereka juga tidak mengetahui mengenai bapaknya itu. azman telah berjumpa dengan kedua-dua adiknya dan berbincang untuk mencari bapak mereka.

amir: macamana perkara boleh berlaku bang?

azman: abang tak tahu macamana perkara ini berlaku. apa kita nak buat sekarang ni?

sakinah: kita buat laporan polis je.biar polis yang selesaikan kes ni.

amir: akak dah gila ke? nanti jatuh nama adik sebagai ahli perniagaan yang berjaya. saya tak setuju!!

azman: amir, dalam keadaan macam ni kau masih nak jaga status kau tu. macamana dengan bapak?

sakinah: kau sedar tak amir orang tua tu bapak kita. kau nak biarkan orang tua tu begitu saja. kau pentingkan status kau tu daripada bapak. anak apa kau ni!.

amir: habis tu kakak dan abang nak buat laporan polis jugak. entah-entah dia pergi rumah saudara maranya kot.

azman: mana ada lagi saudara maranya lagi yang ada kat sini. hanya kita bertiga saja yang tinggal disini.

sakinah:begini je la bang kita buat laporan polis. lepas tu kita cari bapak.

azman: abang setuju. kau macamana mir?

amir: suka hati abang dan kakak lah. saya tak nak campur pasal perkara remeh temeh ni.

azman: ikut kau lah mir.

mereka telah membuat laporan polis. polis telah menyiasat kes ini.namun polis tidak dapat mengesan di mana wak berada. selang beberapa hari selepas itu wak telah ditemui mati di rumahnya diruang dapur oleh jamil. jenazah wak telah selamat di kebumikan.

jamil: azman, sakinah, amir bapak kau ada meninggalkan sepucuk surat untuk kau orang. surat tu aku jumpa semasa aku jumpa bapak kau yang dah meninggal. azman mengambil surat itu dan membuka surat lalu membacanya.

"asalamualaikum...kehadapan anakku bertiga.mungkin ini wasiat bapak kau orang. tiada apa yang dapat ayah berikan kepada kamu semua kecuali rumah usang dan tanah pusaka ini. bapak tahu pemberian ini tidak bermakna bagi kamu jika di bandingkan dengan apa yang kamu ada.

azman, kau sebagai anak sulong haruslah bertanggungjawab untuk memimpin adik-adik kau yang lain. tiada siapa lagi yang boleh menjaga mereka selain kau. harta pusaka ini kau jagalah baik-baik. harta pusaka ini warisan nenek moyang kita jangan biarkan ia bertukar hak milik.

sakinah, kau sebagai anak perempuan tunggal bapak, jadi ibu yang baik kepada cucu bapak nanti. pelajaran mereka jangan kau abaikan dan ajarlah mereka tentang ilmu agama. bapak sangat menyayangi kamu.

amir, kau anak paling bongsu dalam keluarga kita. bapak sayang kau lebih dari segala-galanya. bapak sentiasa mendoakan kejayaan mu nak. bapak harap kau akan menjadi manusia yang berguna dan berbakti pada masyarakat dan negara pada suatu masa nanti. ubahlah perangai kau tu.

setakat ini saja wasiat bapak untuk anak-anak bapak. pesan yang terakhir dari bapak. sekian."

suasana petang itu sungguh memilukan. amir yang ada di situ pada ketika itu rebah longlai. amir menangis sekuat hatinya kerana dia tidak sempat memohon maaf dengan bapaknya.

amir: (merayu) maafkan amir pak...amir buat banyak dosa dengan bapak...ampunkan amir pak...ampunkan amir...ampunkan amir pak.

penyesalan amir itu sudah terlewat.seribu kekesalan tidak akan menutup dosa yang dia telah lakukan pada wak.

No comments:

Post a Comment