Wednesday, May 6, 2009

BiLa....?


Bila…bila dan bila.Persoalan itu terus bermain dalam fikiran aku.Aku terus bertanya kepada diri aku yang tidak pasti apa jawapannya.Aku mengira setiap detik yang berlalu dengan penuh tanda tanya.Aku tidak pasti apa yang ingin aku tanya dan apa yang ingin aku jawab.Aku melangkah perlahan menyusuri tangga kecil yang dibasahi oleh titisan hujan dipagi itu.Aku hanya memandang dan terus memandang tanpa arah yang inginku tuju.Tiba-tiba pandangan aku terarah ke suatu sudut yang begitu kecil.Aku lihat seorang ibu menanti kepulangan anaknya yang sudah lama merantau jauh.Kepulangan aku disambut dengan salam yang begitu bermakna.Aku dengan sayu menyapa salam itu.Satu persoalan yang bermain dalam kepala sebelum ini telah aku temui jawapannya.Aku mendabik dada merasa tenang yang disulam dengan penuh kegembiraan.Tapi masih ada suatu persoalan yang masih belum aku tahu jawapannya.Adakah aku ini masih aku yang dulu,apakah pandangan teman aku kepada aku.Aku menanti jawapan itu dengan pelbagai andaian.Aku yang begitu asyik bermain dengan fikiran aku sehingga aku lupa yang kini aku sudah berada dihadapan halaman rumah aku yang pernah menjadi tempat aku bermain.
Selepas beberapa ketika aku berada dirumah,aku keluar bersiar-siar di kawasan sekitar kampong aku.Ketika aku asyik memandang kedamaian kampong,aku terdengar suara kecil memanggil aku.Aku terpandang kesebuah gerai beratap nipah yang menjadi tempat aku melepak dulu.aku melihat kawan lama aku,Adam.Aku terus menuju kearahnya dan menyapanya dengan penuh kegembiraan.Aku dan Adam bersembang panjang hingga aku tidak sedar yang matahari telah mula menghilangkan dirinya.Aku begitu puas dengan apa yang berlaku.Malam pertama kepulangan aku ke desa disambut dengan titisan hujan yang turun dengan sayu.Aku begitu gembira kerana dapat melihat lagi desa yang permai ini.Kegembiraan itu tidak dapat aku lahir, yang dapat ucapkan hanyalah rasa syukur kepada pencipta aku.Pada keesokan harinya aku berjalan-jalan lagi di kampung aku.Sudah banyak perubahan yang berlaku.Aku juga tidak perasaan dengan perubahan sikap Adam.Adam yang aku kenal dulu tidak seperti ini Adam dulu seorang yang kuat dan tabah.Tapi kini semua itu hilang dari dirinya.Pada petang itu, aku berjumpa dengannya lagi.Aku sempat bersembang ringkas dengan.Aku melihat satu perubahan pada wajahnya.Kami sempat ketawa bersama sebelum aku meninggalkannya.Ketawa adam penuh keriangan seperti anak kecil yang asyik bermain.
Pada pagi yang begitu damai dengan ritikan hujan yang turun membasahi bumi.Aku masih diselimuti dengan kain pelikat.Aku dengar dari daun jendala rumah aku, suatu suara yang sungguh sayu.Aku dengar Adam sudah tiada.Aku terus bangkit dari tempat tidur aku.Aku terus mencari suara itu.Aku lihat adik Adam berdiri didepan rumah aku.Aku bertanya apa yang telah berlaku.Dengan penuh kesedihan dia memberitahu kepada aku.Rupa-rupanya Adam telah pergi buat selama-lamanya.Aku terkaku seketika apabila mendengar kata-kata adiknya itu.Aku seolah-olah tidak percaya yang Adam telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.Fikiran aku mula tidak tentu.Pelbagai perasaan datang menghantui aku.Aku terus menukar pakai aku tanpa sempat menjamah sarapan yang terhidang dimeja.Aku terus menuju ke rumah Adam.Apabila aku sampai dihadapan tangga rumahnya, aku lihat sekujur tubuh yang ditutup dengan sehelai kain.Aku juga melihat ibu Adam yang sedang berlinangan air mata.Aku tidak dapat menahan air mata aku daripada terus mengalir.
Aku tidak menyangka gurauan semalam merupakan perbualan aku yang terakhir antara aku dan Adam.Jika aku tahu perbualan itu adalah perbualan yang terakhir, akan aku cerita segala kenangan aku bersamanya.Akan aku gunakan setiap saat ada untuk bercerita dan terus bercerita.Namun aku tidak mempunyai kesempatan itu.Aku akur dengan takdir dariNya.Siapalah kita untuk melawannya.Namun aku redha dengan pemergian Adam.Tiada apa yang dapat aku berikan kepada Adam.Aku hanya mampu memberikan sedekah Al Fatihah dan doa.Kegembiraan aku untuk hari ketiga terus lenyap dalam hati aku.Hati aku telah diselubungi degan gabus kesedihan yang terlalu tebal.Setiap masa yang berlalu pada hari itu penuh kesedihan.Semasa aku memegang mayat Adam untuk dimandikan, aku lihat wajahnya tersenyum seperti kegembiraan.Aku perlahan-lahan mengusap badan Adam dengan perasaan sedih dan pilu.Perasaan itu terus menghantui aku.Aku hanya mampu bertahan daripada mengalir air mata, tetapi jiwa aku masih lagi berduka.Aku terus melayan perasaan itu sehingga aku sampai di tanah perkuburan.Aku lihat satu ruang kecil dari suatu sudut.Disitu tempat tinggal Adam yang baru.Aku tiadak dapat melepaskannya pergi, tetapi aku terpaksa merelakan permergiannya buat selama-lamanya.Aku melangkah dengan seribu kesedihan.Namun aku tabahkan jua perasaan aku ini.
Pemergian Adam telah mengubah diri aku.Kegembiraan yang aku impikan semasa cuti semesta pertama hilang akibat permergiannya.Setiap kali aku memandang kepada halaman rumah Adam, aku terbayangkan kenangan semasa berkawan dengan dahulu.Seingat aku dahulu, Adam pernah memberitahu impiannya.Namun impian itu tidak sempat dia tunaikan.Aku merasa semua kenangan itu baru sahaja berlaku.Semua itu masih segar dalam benak fikiran aku.Setiap kali aku terbayangkan wajahnya, aku selalu berdoa agar roh Adam akan setiasa bahagia.Tiada apa yang dapat aku berikan kepada kamu Adam selain doa seorang kawan.Bila tiba masanya nanti aku juga akan meninggal orang yang aku sayang seperti kau meninggalkan aku kini.

1 comment: