Tuesday, May 5, 2009

kisah hidup seorang insan mulia.

AKU tahu apa yang terbuku dihati seorang manusia itu.Mereka hanya mahukan sebuah kehidupan yang bahagia disamping orang tersayang. Namun bagi aku kehidupan merupakan satu perjalanan yang menunggu satu titik temu noktah.Titik noktah itu berada dalam satu potongan ayat yang penuh bersisa. Mungkin ayat itu begitu pedas apabila dibaca atau menghihurkan si pembacanya.Tapi apa yang pasti ada yang tidak kena dengan potongan ayat itu. Kadang-kadang fikiran aku melayan jauh mengingatkan kata-kata izaty itu.Mungkin satu gurauan untuk diri aku ini.Aku tidak boleh menerima kata-kata yang begitu pedih untuk aku menelannnya.Mungkin ini adalah silap diri aku sendiri. Setiap kali aku mengenangkan ucap izaty itu mata aku mulai panas dan kadang-kadang aku menitiskan air mata. Aku tahu apa yang dia mahukan tapi aku tidak boleh memberikannya. Aku telah melepaskan dirinya kerana orang ketiga.

mungkin ini nasib aku yang begitu malang.Mungkin apa yang berlaku pada diri aku ada hikmahnya. Mungkin adalah kesempatan untuk aku bangkit dari mimpi yang mengerikan itu. Tapi mimpi itu telah aku padam dari tidur aku ini. Aku telah kuburkan mimpi ngeri itu bersama kenangan aku bersama izaty.biarlah semua itu menjadi pengajaran kepada aku.

juzz nukilan kosong,,,,,,.......kOmEnG09

No comments:

Post a Comment