Monday, May 11, 2009

IbU...

Ibu,

air mata mu yang mengalir umpama mutiara,

tangisan mu penuh bermakna kepada kami,

menyabung nyawa demi melahirkan kami,

walaupun nyawa menjadi tukar ganti.

Ibu,

bakti sungguh bernilai bagi kami,

menjaga kami dari kandungan sehingga kini,

membanting keringat empat kerat mu kerana kami,

memberi sesuap makan kepada anak yang dikasihi.

ibu,

engkau membesarkan kami tanpa rasa jemu,

memberi segala kasih sayang yang engkau termampu,

tidak pernah kurang walaupun walaupun sesaat waktu,

yang kami sendiri tidak mampu membalas segala jasa mu.

Ibu,

tanpa mu siapalah kami ini,

umpama sebuah kapal dilautan tanpa pengemudi,

yang hanyut di lautan sepi ini,

menanti saat karam dilautan yang mati.

Ibu,

ibu,

ibu,

doalah, pimpinlah, bantulah, sayanglah kami,

supaya kami terus hidup di dunia ini,

menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti,

dan insyallah dapat kami membalas jasa yang kau beri.

kOmEnG 09..........

No comments:

Post a Comment